MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Persidangan ASEAN Ke-35



Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 Thailand sebagai tuan rumah yang menghimpunkan pemimpin - pemimpin / wakil - wakil negara - negara ASEAN, berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT, Thailand.

Bertemakan "Memajukan Perkongsian Untuk Kemapanan" adalah tema yang akan dibahaskan dan dibincangkan semasa persidangan kali ini dan memberikan peluang kepada pemimpin /perwakilan untuk mengupas Isu-Isu Semasa dan Agenda Komuniti ASEAN berdasarkan penubuhan Komuniti ASEAN dan pengesahan ASEAN 2025: melangkah ke Hadapan Bersama (Wawasan ASEAN 2025) pada 2019 serta kejayaan Thailand sebagai Pengerusi ASEAN.

Pembukaan persidangan dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan O-Cha


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad mewakili delegasi Malaysia dalam persidangan ASEAN tahun ini.
Keunikan perlantikan pengiliran Pengerusi ASEAN yang dipersetujui oleh negara-negara ASEAN berdasarkan abjad selapas Thailand dan tahun hadapan Vietnam secara automatik menjadi Pengerusi ASEAN.

Pada masa yang sama juga, kejayaan membanggakan Malaysia apabila Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, 59 telah dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah ASEAN Prize 2019 yang mula diperkenalkan tahun 2018 dan rakyat Malaysia pertama menerima anugerah tersebut.


Pemenang Anugerah ASEAN Prize yang dimenangi olehTan Sri Dr Jemilah Mahmood, berdasarkan sumbangnya kepada bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN.

Untuk rekod juga Tan Sri Dr Jemilah Mahmood adalah pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia MERCY Malaysia.

ASEAN Prize adalah anugerah berprestij rantau ASEAN bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

Sumber : Bernama 

Post a Comment

0 Comments