MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penyerahan Bendera Malaysia Sukan Sea 2019


Majlis Penyerahan Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) Kontinjen Sukan Sea 2019 berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Batu,  Bangi hari ini (21 November 2019).


Kontinjen Malaysia menyasarkan pungutan 70 pingat emas pada temasya Sukan Sea ke-30 kali ini yang berlangsung di Filipina sebagai Tuan rumah pada 30 November 2019.


Berdasarkan kepada bengkel penetapan sasaran diadakan pada 5 dan 6 November baru-baru ini, bersama semua pemegang taruh,  Kontinjen negara di jangka memenangi 70 pingat emas , 51 pingat perak dan 105 pingat gangsa. Sasaran ini dijangka meletakkan kontinjen negara di kedudukan keempat terbaik keseluruhan di kalangan 11 negara Asia Tenggara yang bertanding.


Turut hadir semasa penyerahan jalur gemilang Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Syed Saddiq bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Steven Sim, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Megat Zulkarnain Omardin serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Dr Waitchalla R. R. V.

Sumber : KBS 


Post a Comment

0 Comments