MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC)



Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata Malaysia tidak boleh berdiam diri atau teragak-agak untuk mengambil tindakan balas sekiranya negara pengimport memilih untuk mengenakan halangan perdagangan yang mendiskriminasikan negara pengeluar minyak sawit.


Sekiranya ada bukti amalan perdagangan diskriminasi seperti itu melanggar mana-mana undang-undang antarabangsa, Malaysia dan negara-negara pengeluar lain yang berada di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) perlu mendapatkan itervensi daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).


Terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang berlangsung hari ini (19.11.2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 Nov 2019.

Pada masa sama  Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan teknologi mengekstrak fenolik sawit berkelas dunia yang dibangunkan oleh ahli sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Fenolik sawit merupakan sebatian bioaktif boleh larut air yang amat berkhasiat.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir menyatakan “Kajian oleh MPOB membuktikan fenolik sawit memiliki pelbagai khasiat kesihatan termasuk aktiviti antioksida, antidiabetik, antihipertensi, perlindungan saraf dan antikeradangan.

“Ujian praklinikal dan klinikal mengesahkan ia amat berkhasiat dalam melindungi otak dan kesihatan jantung. Justeru, fenolik sawit digunakan secara meluas dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan, termasuk nutraseutikal, kosmeseutikal serta industri makanan dan minuman kesihatan.

Teknologi tersebut telah dilesenkan kepada Phenolaeis Sdn Bhd yang mempunyai hubungan kukuh dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT), rakan kongsi kerjasama MPOB.

Sumber: Bernama, IG Jabatan Penerangan Malaysia 

Baca juga:  Perasmian PIPOC

Post a Comment

0 Comments