MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

MyWATCH Menyambut Baik Larangan Merokok


Berikutan Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di tempat awam dan premis makanan oleh kerajaan Malaysia di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menyambut baik penguatkuasaan tersebut dan menggesa golongan perokok supaya menghormati undang-undang larangan merokok yang akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan.


Pengarah MyWATCH Dr,  Zarihah Mohd Zain berkata golongan perokok perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dengan sebaiknya demi kehormonian masyarakat.

"Selagi mereka tinggal di negara ini ikutilah undang-undang, jika enggan maka hadapilah risiko dengan membayar denda.

"Golongan perokok harus sedar perbuatan ini hanya merugikan diri sendiri terutama dari segi kewangan dan kesihatan mereka akan turut terjejas.

Undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan memperuntukkan bagi kesalahan merekok di kawasan larangan, boleh dikenakan denda atau kompaun sebanyak RM250 sekiranya gagal berbuat demikian perokok tersebut akan didakwa di mahkamah serta boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

Dr, Zarihah Mohd Zain berpendapat denda yang dikenakan kepada golongan perokok yang disabitkan kesalahan adalah wajar sebagai pengajaran kepada individu (perokok) yang melakukan kesalahan seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang tersebut. Undang-undang ini juga bagi membela orang ramai untuk hidup sihat dengan menghirup udara yang segar.

Asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok yang terpaksa dihidu oleh orang sekelilingnya adalah sangat berbahaya mengandungi racun-racun penyebab kanser dan sakit jantung terbukti dengan kajian saintifik yang telah dibuat.

Pengunjung premis makanan dan tempat awam yang telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok dapat menikmati makanan dan persekitaran yang selesa disamping menikmati juadah bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Dr,  Zarihah Mohd Zain menyeru kepada golongan perokok agar menghentikan tabiat merokok yang boleh membawa mudarat dan kesihatan orang lain.

Pihak kerajaan Malaysia juga telah menyediakan perkhidmatan kepada golongan perokok agar membuang tabiat merokok dengan melaksankan program mQuit.

Untuk penjelasan lanjut mQuit klik pautan : mQuit

Sumber : KKM, Sinar Harian dan penulis sendiri 


Post a Comment

0 Comments