MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia vs Thailand AFC U-19 2019


Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, hari ini. (11 November 2019).

Jaringan gol kemenangan Malaysia diperolehi pada separuh masa kedua (ke-2) melalui Muhammad Umar Hakeem Suhar Redzuan minit ke-84. Dengan kemenangan ini secara langsung melayakkan Malaysia ke pusingan akhir yang bertempat di Uzbekistan, Okotober 2020.

Malaysia yang di letakkan dalam kumpulan G,  bersama Kemboja,  Thailand, Brunei dan NMI,  mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengumpul 12 mata setakat ini.

Syabas Malaysia atas prestasi yang cemerlang dan layak ke pusingan akhir ke Uzbekistan.

Sumber :- Bernama, AFC U-19 Web, IG Ultras Malaya dan youtube.

Post a Comment

0 Comments