MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Sambutan Rumah Terbuka Deepavali 2019


Timbalan Menteri Malaysian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Majlis Anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Kerajaan Negeri Perak selaku Tuan Rumah perayaan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019 berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh, malam tadi (16 November 2019).


Dr Wan Azizah Berkongsi pandangan dan ucapannya "Kepelbagaian budaya mewarnai Malaysia mengangkat semangat bersatu padu dan toleransi yang tinggi demi mengekalkan keharmonian", melalui Twitter Dr Wan Azizah Ismail @ drwanazizah 


Turut sama hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Perak Dato' Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammaddin bin Ketapi dan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran M.  Murugeson.




Mewakili kaum India M. Kulasegaran berkongsi harapan beliau agar sambutan pada malam ini dapat diraikan bersama keluarga dan sahabat-handai dengan penuh semangat muhibbah

Beliau turut mengingatkan agar kita sentiasa memberi bantuan kepada yang memerlukan terutamanya mereka yang berada di sekeliling kita. Ini adalah seiring dengan maksud di sebalik perayaan Deepavali, iaitu kecerahan mengatasi kegelapan, dan kebaikan mengatasi kejahatan.

Sumber : IG dan Twitter drwanazizah, Twitter Kementerian Sumber Manusia 

Post a Comment

0 Comments