MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

International Conference Muallaf (ICoM) 2019


International Conference Muallaf (ICoM) 2019 telah diadakan di Hotel Blue Wave, Shah Alam, Selangor pada hari ini 23 November 2019 dengan penganjur bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Academy of Contemporary Islamic Studies (IKaZ, ACIS) Universiti Teknologi MARA Malaysia dan Kolej Universiti Islam Anatarbangsa Selangor (KUIS).


Pelbagai isu kontemporari berkaitan muallaf di Malaysia dibincangkan secara komprehensif agar golongan istimewa ini diberi ruang dan peluang agar mereka menjadi "Role Model" kepada masyarakat Malaysia khususnya dan umumnya dunia bagi memertabatkan Islam dan mengangkat seruan dakwah agar Islam dilihat agama membawa rahmat dan kasih sayang.


Diantara isu kontemporari yang dibincangkan seperti agama Islam,  kepimpinan, hak kemanusian, ekonomi keusahawanan, pendidikan, politik, hubungan etnik, undang-undang, kebajikan dan pengurusan.

Objektif persidangan ini antaranya:-
  1. Membangunkan potensi golongan muallaf dalam semua bidang.
  2. Memberi motivasi kepada golongan muallaf dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
  3. Menjelaskan isu-isu semasa berkitan muallaf seterusnya mencetus idea-idea bernas.
  4. Memperkasa pengurusan dan pembangunan golongan muallaf yang profesional dan dinami.
  5. Berkongsi hasil penyelidikan 
Seramai 240 peserta yang hadir dalam persidangan ini dan berjalan dengan jayanya.

Sumber: Zakat Selangor 

Post a Comment

0 Comments