MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ejen Ali The Movie


Ejen Ali (secara literal diterjemahkan sebagai Agent Ali), adalah satu siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh Animasi WAU, yang memberi tumpuan kepada budak lelaki yang secara tidak sengaja menjadi ejen MATA selepas menggunakan Infinity Retinal Intelligent System (IRIS), sebuah prototaip peranti yang dicipta oleh Agensi Taktikal Meta Advance (MATA). I.R.I.S dikendalikan oleh isyarat neuro yang membolehkan pemakai melakukan tindakan yang diprogramkan oleh komputer. Selepas kejadian itu, Ali dan bapa saudaranya, Bakar bekerjasama dalam misi M.A.T.A.

Siri ini diterbitkan dalam format HDTV dan disiarkan pertama kali di TV3, pada 6 April 2016. Ejen Ali adalah siri animasi pertama sebagai harta intelek Media Prima Berhad (MPB). 

Selepas dua musim bersiaran di kaca televisyen, siri animasi popular Ejen Ali akan menemui penonton serentak di pawagam tiga negara bermula 28 November 2019.

Ejen Ali: The Movie ialah sebuah filem yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 28 November 2019. Ia merupakan kesinambungan musim kedua siri Ejen Ali dan filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation atas arahan Usamah Zaid Yasin (Ketua Pegawai Eksekutif).

Filem ini mengambil kos RM6 juta termasuk kos promosi. Pasukan pembuatan filem yang terdiri daripada 80 pereka animasi dan pelukis grafik tempatan. Penghasilan filem berkenaan menggunakan teknologi digital yang berkualiti tinggi.

Filem Ejen Ali: The Movie yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan dan penaja utama filem ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Lagu tema iaitu Bukalah Matamu nyanyian Aishah Aziz serta Bunga dan Kita Jaga Kita oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah.

Dalam pada itu, beberapa siri jelajah dan aktiviti mempromosikan filem Ejen Ali The Movie turut diadakan sepanjang tayangan berlangsung. Terdahulu, filem edaran Primeworks Studios itu menjadi salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang berjaya meraih lebih 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih daripada 1.4 juta pengikut di laman rasmi YouTube.

Malah, sejak ditayangkan pada 2016, ia berjaya meraih minat media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 negara termasuklah rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di serantau Timur Tengah serta Afrika Utara.

Sumber: Wikipedia , Berita Harian & IG Ejen Ali




Post a Comment

0 Comments