MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

4 Amalan Murah Rezeki


Antara amalan yang menyebabkan dimurahkan oleh Allah swt kepada kita akan rezeki ialah:

1. Taqwa

Maksudnya ialah melazimkan diri sentiasa takut akan Allah Ta'ala. Firman Allah swt:

Ertinya:" Barang siapa yang takut akan Allah swt nescaya Allah swt akan menjadikan baginya jalan kelepasan (dari segala kesusahan). Dan Allah swt akan memberikan rezeki dari yang ia tidak sangka. Dan barang siapa yang bertawakkal atas Allah swt maka akan cukup segala keperluannya. Sungguhnya Allah swt melakukan segala urusan-Nya sungguhnya Allah swt sangat kuasa atas segala sesuatu."

(At-Talaq: 2&3)

2. Menghubung silaturahim

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a katanya :

Ertinya:"Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang suka diluaskan akan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubung silaturahim."

(Hadis Imam Bukhari)

3. Banyakkan Istighfar

Firman Allah swt:

Ertinya:"Kata ku banyakkanlah istighfar oleh kamu semua akan Tuhanmu sungguhnya Dia sangat pengampun. Dia pasti akan menurunkan hujan yang banyak dan membanyakkan harta kamu dan anak pinak dan mengadakan bagi kamu akan kebun-kebun dan air yang banyak."

(An-Nuh: 10 - 12)

4. Banyakkan berdoa

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a bahawa seorang hamba datang mengadu kepadanya tentang kesempitan mencari harta untuk menebus dirinya lalu berkata Ali bin Abi Talib Aku akan ajarmu beberapa perkataan yang telah mengajarkan akan daku oleh Rasulullah saw yang andainya kamu mempunyai hutang sebesar bukit sekalipun nescaya Allah swt akan melepaskkanya daripadamu bacalah doa ini :

Ertinya:" Ya Allah cukupkanlah diriku ini dengan rezeki-Mu yang halal dari yang haram. Dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu dari orang selain-Mu."

(Hadis Imam Tirmizi)

Walluhua'lam

Sumber : Ustaz Azhar Idrus


Post a Comment

0 Comments