MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pelepasan Cukai Taska dan Prasekolah

Berita baik kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka berusia 6 tahun ke bawah ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) atau Prasekolah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia, boleh menuntut pelepasan cukai RM2,000 berbanding RM1,000 sebelum ini. Pelepasan cukai tersebut akan diisi semasa Cukai Taksiran Individu yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
Pelepasan cukai itu antara peruntukan menarik terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat buat kali pertama hari ini.(15.10.2019).
Pindaan RUU tersebut berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun berikutnya.
RUU itu juga menggariskan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan bagi penyakit serius yang diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan.
RUU itu dibentang bagi mewujudkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Kewangan 2010 dan Akta Kewangan 2018.
RUU tersebut juga memasukkan subseksyen baru iaitu pemberian rebat cukai ke atas levi pelepasan dibayar di bawah Akta Levi Pelepasan 2019 oleh seorang individu yang meninggalkan Malaysia melalui udara untuk menunaikan umrah atau ziarah agama lain.
Perbahasan RUU itu untuk bacaan kali kedua dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini yang berlangsung sehingga 5 Disember 2019.
Sumber : Bernama

Post a Comment

0 Comments