MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bahaya Basikal Lajak



Basikal

Basikal atau kereta angin ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain. 

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk berbantu komputer

Kendaraan ini telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada awalnya, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru. 

Namun sekiranya basikal ini disalahguna dan diubahsuai sehingga menyebabkan kesalahan dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan yang terkandung dalam undang-undang adalah tidak wajar dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Sejak akhir-akhir ini Malaysia memandang serius isu berkenaan “Basikal Lajak” kerana melibatkan keselamatan dan nyawa manusia.

Basikal Lajak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata basikal lajak iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan bahaya kepada penunggangnya dan pengguna jalan raya yang lain sememangnya haram berada di atas jalan raya.

Ciri-Ciri Basikal Lajak


Perundangan/Peraturan

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai “Basikal Lajak” sebelum sebarang tindakan diambil.

Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu. Sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Oleh itu, basikal yang dikayuh di atas jalan raya tanpa secara beriringan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Polis DiRaja Malaysia Malaysia (PDRM)

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengklaskan atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.

Bagi kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Ini kerana perbuatan mengubahsuai basikal (Basikal Lajak) bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain.

Langkah Kerajaan Malaysia

Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan di peringkat kementerian berkaitan bagi mengkaji trend penggunaan basikal lajak dan langkah penyelesaiannya. Selain kempen yang agresif untuk mencegah kanak-kanak dan remaja bermain basikal lajak ini di tempat awam.

Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, kerajaan perlu memberi perhatian berat terhadap isu ini kerana ia membabitkan keselamatan nyawa agar kejadian  insiden sama tidak berulang lagi.

Sejarah Kejadian/Insiden

Pada Oktober 2019 Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ka Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Walaupun ada pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah itu, namun perlu diakui bahawa ia dibuat berdasarkan fakta dan perundangan.

Keputusan itu memberi implikasi yang amat luas dan seharusnya membuka mata pihak berkuasa untuk meningkatkan penguatkuasaan, selain ibu bapa supaya lebih mengawasi anak mereka.

Tanggugjawab para Ibu/Bapa/Penjaga & Masyarakat

  1. Ibu bapa mesti mencegah anak mereka daripada bermain basikal lajak, terutama di kawasan tumpuan lalu lintas, selain tidak memberi kebenaran kepada membuat pengubahsuaian basikal.
  2. Orang ramai yang melihat aktiviti basikal lajak di jalan raya boleh mengambil video atau gambar menggunakan telefon pintar dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
  3. Penglibatan masyarakat terhadap kempen kesedaran yang dilaksanakan bahayanya Basikal Lajak haruslah disokong dan memberikan kerjasama dalam mencegah gejala ini.
Jika berlaku kemalangan, ibu bapa tidak boleh lepas tangan dengan mengatakan ia di luar kawalan mereka kerana menjadi tanggungjawab ibu bapa mengingatkan anak-anak mengenai undang-undang serta kawasan berbahaya bagi aktiviti yang dibuat oleh anak-anak mereka. Sekiranya pihak polis mengesan aktiviti tersebut dan tangkapan dibuat remaja yang terlibat boleh ditahan dan dibawa ke balai polis manakala ibu bapa mereka akan turut dipanggil.

Penjelasan dari Datuk Azisman Alias, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Tindakan boleh diambil terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.


Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Bernama, Berita Harian dan penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments