MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Guru Ganti

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sebanyak RM48 juta bagi pengambilan seramai 21,656 guru ganti pada tahun 2019 berbanding RM40 juta pada tahun lepas (2018) bagi mengatasi masalah kekurangan guru ketika ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Perbezaan peruntukkan sebanyak RM8 juta (2019-2018) bagi pemgambilan guru ganti.
Perkara itu timbul disebabkan masalah ketidakseimbangan antara kekosongan yang ada berbanding jumlah guru yang menamatkan pengajian daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setiap tahun.

Senarai Institut Perguruan Lamps (IPGK)
sebagai contoh seperti keperluan guru di sekolah kebangsaan pada tahun ini melebihi 6,000 orang, tetapi mereka yang tamat pengajian di IPGM hanya 1,676 orang yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah pada November 2019.
Bagi mengatasi masalah ini, KPM mengambil inisiatif melatih guru interim pada Februari  2020 akan datang dan jumlah yang disasarkan seramai 3,000 orang untuk sekolah kebangsaan dan 800 orang lagi untuk sekolah jenis kebangsaan Cina,” katanya semasa sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan sentiasa bersedia memberikan peruntukan sewajarnya untuk pengambilan guru ganti ini mengikut kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Teo berkata cadangan untuk mewujudkan perjawatan pengkeranian untuk meringankan beban tugas guru di sekolah masih dalam peringkat kajian.
“Buat masa ini, pendekatan guru interim telah dilaksanakan dan kita berharap bahawa tidak lama lagi kita dapat mewujudkan satu penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi isu itu,” katanya.
Pada awal tahun ini, kementerian itu dilaporkan bercadang memansuhkan tugas perkeranian dalam kalangan guru yang merupakan satu daripada lima inisiatif yang digariskan oleh KPM bagi mengurangkan beban guru.
Sumber - Bernama, KPM & diubah suai oleh penulis sedikit 

Post a Comment

0 Comments