MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hari Raya Aidilfitri 5 Jun 2019

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini (5 Jun 2019) demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Sumber : Berita tempatan

Post a Comment

0 Comments