MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Theresa May Letak Jawatan

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin Konservatif, 7 Jun depan (2019), selepas gagal memujuk pembuat dasar menyokong perjanjian Brexit yang dicadangkannya. 
“Saya berasa amat sesal kerana gagal menyempurnakan Brexit,” kata May dalam nada sebak di luar kediamannya di Downing Street.
Peletakan jawatan itu bakal menandakan permulaan perebutan kepimpinan yang menyaksikan May kekal memangku jawatan Perdana Menteri.
“Saya akan meletak jawatan sebagai pemimpin parti Konservatif dan Kesatuan pada 7 Jun depan iaitu hari Jumaat. Proses memilih kepimpinan baharu akan dilakukan pada minggu berikutnya,” kata May.
Perlumbaan merebut kepimpinan itu dijangka memakan masa beberapa minggu. 
Sumber : -AFP

Post a Comment

0 Comments