MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bank Islam Semak Semula BR



 
Bank Islam Malaysia Bhd menyemak semula Kadar Asas (BR) sebanyak 26 mata asas daripada 4.03 peratus kepada 3.77 peratus berkuatkuasa esok 10 Mei 2019.

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) juga diturunkan daripada 6.98 peratus kepada 6.72 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed, berkata penyemakan semula kadar itu adalah susulan daripada pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus baru-baru ini.

Kadar semakan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan kami yang mempunyai pegangan pembiayaan kepada BR / BFR kerana kadar keuntungan yang efektif akan diturunkan dengan sewajarnya yang membawa kepada jumlah ansuran yang lebih rendah.

Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan baru-baru ini untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BNM pada selasa lalu menurunkan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan pinjaman bank sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) itu menyaksikan kadar siling dan lantai OPR dikurangkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.


Sumber : Berita Harian 

Post a Comment

0 Comments