MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

5 Khasiat Kismis



Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.

Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

1.Mengandungi fitokimia (resveratrol) 

Antioksidan yang memiliki sifat antiradang dan antikanser serta mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Resveratrol juga mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.

2.Menurunkan berat badan

Kandungan seratnya yang tinggi membantu memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari seterusnya boleh membantu menurunkan berat badan dan melindungi daripada masalah sembelit.

Setiap hari kira-kira 20 hingga 35 gram serat diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum dan ia boleh diperoleh melalui kismis.

3. Awet muda

Kandungan antioksidan di dalam kismis boleh membantu diri tanmpak awet muda dan menjaga penglihatan, menjaga kesihatan perut, saluran kencing dan melawan masalah gusi serta gigi.


4. Kaya mineral & vitamin

kalsium, zat besi, mangan, magnesium, fluoride, zink, vitamin B kompleks, serat dan fruktos (gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat).

5. Mengandungi elektrolit dan potasium 

Mampu menurunkan kesan sodium, tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.

Post a Comment

0 Comments