MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rennes Juara Piala Francis 2019

Kelab bola sepak Francis Rennes dinobatkan sebagai gelaran Piala Francis apabila menewaskan kelab bola sepak Paris St Germain (PSG) dengan agreget 6-5 menerusi sepakan penalti awal pagi ini.(28 April 2019).

PSG bermula dengan baik apabila mendahului Rennes dengan kelebihan gol 2-0 pada masa pertama perlawanan, jaringan di sumbang oleh Alves dan Neymar. Namun nasib tidak menyebelahi PSG apabila gol sendiri oleh Presnel Kimpembe dan Rennes melalui Mexer menyamakan kedudukan 2 sama mengheret kepada sepakan penalti.
Ketika sepakan penentuan penalti pada pihak PSG yang dilakukan oleh Christopher Nkunku tersasar dan ia memberikan Rennes meraih gelaran pertama mereka dalam saingan ini sejak 1971.


Satu prestasi yang menakjubkan, sudah lama penyokong menantikan detik ini,” kata penyerang Rennes, Mbaye Niang. “Kami menunjukkan karakter, kemenangan yang berbaloi.”
Sumber : Reuters

Post a Comment

0 Comments