MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Projek ECRL Diteruskan Oleh Malaysia



 
Keputusan berkenaan status Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akhirnya terjawab pada har ini 12 April 2019 apabila kerajaan Malaysia memuktamadkan akan disambung semula pada kos yang lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), yang di umumkan oleh  Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia.

Kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion.

Kerajaan Malaysia menyambut baik permeteraian SA ini yang merangkumi aspek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian projek kereta api tersebut.

SA itu dicapai setelah rundingan beberapa bulan antara syarikat yang terlibat serta kerajaan Malaysia dan China.

Pejabat Perdana Menteri berkata pengurangan kos itu akan memberi manfaat kepada Malaysia dan meringankan beban kewangan negara.

Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin sedang berada di Beijing untuk bertemu dengan wakil dari China berkaitan ECRL.

Tun Daim Zainuddin merupakan seorang perunding dua hala bagi Malaysia sejak 1981 dan beliau telah menjadi wakil (perunding dua hala) bagi urusan Malaysia dengan negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan England.

Projek ECRL sebelum ini telah diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2016, dengan melibatkan kos RM55 bilion.

Kos tersebut kemudiannya dikatakan boleh mencecah RM130 bilion dengan mengambil kira faedah ditanggung daripada pinjaman pembiayaan projek berkenaan.

Projek rel sepanjang 688 kilometer itu dirancang bagi menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan dan dijangka siap menjelang 2024.

Projek ECRL dimulakan oleh kerajaan sebelum ini Barisan Nasional dan digantung tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan yang baru dipilih berikutan kosnya yang tinggi.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments