MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Negara Peru Tingkatkan Kerjasama Pelancongan Dengan Negara Malaysia


Negara Peru berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan negara Malaysia dalam industri pelancongan di Malaysia, khususnya untuk membina rangkaian hubungan antara kedua-dua pemain industri pelancongan terbabit.


Penarafan negara Malaysia sebagai pelancongan mesra muslim menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut baru – baru ini, melonjakkan lagi nama Malaysia dalam industri pelancongan di mata dunia.

Duta Peru ke Malaysia, Guido F. Loayza, berkata usaha itu sekaligus akan meningkatkan produk pelancongan kedua-dua negara dan memacu kegiatan promosi ke peringkat lebih tinggi.

Justeru, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Dewan Perniagaan Kebangsaan Peru (CANATUR) dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 11 April 2019 dilihat dapat memperluaskan penglibatan komuniti perniagaan pelancongan antara kedua-dua buah negara.

Peru yang terletak di Amerika Latin, Lima sebagai ibu negara pentadbiran  mempunyai tempat - tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati seperti sungai Amzon bermula dari Peru seterusnya ke Brazil, Peru mempunyai Bukit Pasir tertinggi di dunia dikenali sebagai Cerro Blanco setinggi 3.860 kaki dan banyak lagi.


Terdapat banyak persamaan antara kedua-dua negara dan boleh belajar antara satu sama lain. Salah satu caranya ialah (berkongsi dan belajar persamaan yang ada) menerusi pelancongan.

Negara Peru ingin membina hubungan antara ejen pelancongan kedua-dua buah negara. Berdasarkan pengalaman, hubungan secara bersemuka adalah kaedah terbaik. Kedua-dua pihak perlu saling mengenali dan ia merupakan cara terbaik untuk mempromosikan industri pelancongan di kedua buah negara.

Negara Peru sebenarnya memiliki banyak kawasan permandangan indah khususnya produk pelancongan arkeologi dan gastronomik. Bagi rakyat Malaysia yang gemarkan aktiviti mencabar dan lasak negara Peru adalah distinasi yang dicari dan sesuai bagi aktiviti tersebut.

Mengikut data pelancongan pada tahun 2018, seramai 2,307 rakyat Malaysia telah melancong ke negara Peru. 


Melalui kerjasama ini merancakkan lagi industri pelancongan di kedua buah negara disamping mengeratkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin dan menguntungkan kedua belah pihak.


Sumber : Akhbar tempatan, wikipedia dan Penulis sendiri 



Post a Comment

0 Comments