MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia dan Indonesia Berkongsi Mengungguli GMTI 2019


 
Negara Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan negara Indonesia.

Kaji selidik berdasarkan laporan GMTI 2019 menyenaraikan  130 destinasi diperingkat global dan memberikan markah 78 kepada negara Malaysia dan Indonesia. Pada tahun 2018 negara Malaysia mencatatkan markah indeks 80.6 manakala Indonesia berkongsi mata dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 72.8 markah.

Walaupun terdapat penurunan markah bagi negara Malaysia namun masih lagi mengungguli carta GMTI Sembilan (9) tahun berturut-turut dan peningkatan buat negara Indonesia dari markah 72.8 kepada 78 pada tahun 2019.

Berasaskan indeks di atas, negara Malaysia terus mengukuhkan status sebagai destinasi halal yang terulung di dunia.

Dalam kenyataan bersama, MasterCard dan CrescentRating berkata Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan pengembaraannya, dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.

Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).

Singapura kekal destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.

Indeks itu selari kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik, iaitu:-
  1. Akses, 
  2. Komunikasi, 
  3. Persekitaran dan 
  4. Perkhidmatan.
Kajian pada 2017 perlu diambil perhatian, terdapat kira-kira 131 juta pelancong Islam di seluruh dunia, meningkat 121 juta berbanding 2016 dan ia dijangka bertambah kepada 156 juta pengunjung menjelang 2020, merangkumi 10 peratus daripada segmen pelancongan.



GMTI 2018 turut membuktikan bahawa pasaran pelancongan Muslim bakal meneruskan pertumbuhan pantas untuk mencecah angka AS$220 bilion pada 2020.

Pasaran itu diunjur meningkat sebanyak AS$80 bilion untuk mencecah angka AS$300 bilion menjelang 2026.


 Sumber : Bernama, GMTI &  Penulis sendiri










Post a Comment

0 Comments