MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kempen Sayangi SawitKu


Berikutan Pelancaran Kempen Sayangi Minyak Sawitku oleh Kementerian Industri Utama bagi mempromosikan minyak sawit Malaysia dan memerangi kempen anti-sawit yang mengancam kehidupan rakyat khususnya Malaysia.
Rakyat negara Malaysia perlu menyokong kempen yang dilancarkan ini agar mesej yang hendak disampaikan kepada dunia khususnya Kesatuan Eropah (EU)  berkesan dan dapat mengubah Akta Perwakilan yang akan dibentangkan oleh EU tidak lama lagi.
Sokongan dari rakyat Malaysia akan dapat membantu dari segi melonjakkan tahap kesedaran terhadap produk sawit, termasuk pelbagai faedahnya sama ada di Malaysia mahu pun di negara lain.
Hari ini sebelum sesi Parlimen bersidang di Dewan Rakyat Kempen Sayangi SawitKu telah menarik minat ahli parlimen dan politik untuk bersama dalam kempen tersebut dan memeriahkan lagi kempen yang dibuat oleh kementerian Industri Utama Malaysia yang diketuai Menteri Industri Utama,  Teresa Kok Suh Sim bertujuan mendapatkan sokongan daripada kalangan masyarakat, Badan-Badan NGO, Ahli Politik dan Ahli Parlimen terhadap minyak sawiiy.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

1 Comments