MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

WeChat Pay MY


Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini, mekanisma sistem tanpa tunai melalui platform aplikasi komunikasi "WeChat Pay MY" telah dilancarkan di Malaysia dan dirasmikan oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Malaysia negara pertama selain China yang menggunakan perkhidmatan dompet elektronik (e-dompet) WeChat Pay MY, dengan kerjasama diantara Hong Leong Bank dan WeChat Pay MY sejajar dengan peningkatan capaian internet dan penggunaan telefon pintar yang semakin meluas.

WeChat Pay MY aplikasi sosial dimiliki oleh Tencent International Business Group berpusat di Tiongkok, China melebarkan sayapnya ke Malaysia dalam menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan diantaranya :-
  1. Tambah Nilai dalam talian akaun prabayar telekomunikasi, buat masa ini boleh digunapakai oleh syarikat telco Celcom, Digi, XOX,  FRiENDi, Maxis,  Merchantrade , Tune Talk, Altel dan U Mobile.
  2. Pembelian tiket penerbangan melalui online dan kaunter pembelian tiket serta pemilihan tempat duduk mengikut keselesaan pelanggan
  3. Transaksi - transaksi pembayaran di mini market dan super market serta kedai - kedai runcit seperti di Starbucks dan KK Mart dengan mengimbas kod QR pada telefon bimbit pembeli dan masukkan nombor Pin laluan untuk membuat pembayaran 
  4. Teksi,  My car,  Grab,  Dacsee dan seumpamanya 
  5. Menghantar wang kepada pengguna WeChat lain melalui medium tersebut 
  6. Pautan Kad Debit seperti MasterCard atau Visa bagi tujuan pembayaran perbelanjaan lebih mudah dan lancar.
Dengan adanya WeChat Pay MY merancakkan lagi penggunaan menggunakan perkhidmatan tanpa tunai dan memberikan pilihan kepada pelanggan dalam memilih perkhidmatan yang terbaik. Persaingan sihat diantara pengendali sistem tanpa tunai seperti AliPay dan Boost App.

Dilaporkan bahawa WeChat Pay MY merekodkan lebih 800 juta pengguna aktif bulanan (MAU) di China,  Hong Kong dan Malaysia pada suku ke 2 tahun 2018 membolehkan WeChat Pay MY aplikasi paling popular.
Diantara kesan penggunaan aplikasi WeChat Pay MY dan perkhidmatan sepertinya ialah :-
  1. Memudahkan transaksi pembayaran tidak memerlukan membawa wang fizikal semasa membeli belah atau melancong ke luar negara
  2. Lebih selamat dan mudah dapat mengelak dari di rompak dan di samun
  3. Mencegah dari berlakunya gejala rasuah dan memudahkan pengesanan jenayah rasuah oleh pelaku kerana meninggalkan jejak maklumat dalam transaksi tersebut 
  4. Lebih praktikal dan Effesin
  5. Menggalakkan kemasukan pelabur Asing Langsung  (FDI) untuk membuat pelaburan dalam industri pembayaran secara digital
Penggunaan wang tunai di Malaysia secara relatifnya masih tinggi tetapi menampakkan penurunan tahun demi tahun secara langsung berkait dengan kesedaran dan peningkatan kaedah pembayaran melalui dalam talian dan mudah alih di Malaysia.

Data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan wang tunai berjumlah RM 106 billion dalam edaran ekonomi pada tahun 2018 menyamai 7.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding yang dicatatkan pada tahun 2017 dan 2016 masing-masng 7.7% dan 7.9%.

Malaysia antara negara yang pesat membangun amat sesuai melaksanakan pembayaran secara mudah ahli dan menyaksikan pertumbuhan pengguna yang memberangsangkan.

WeChat Pay MY kini dalam proses mengembangkan jumlah pedagang/saudagar, bagi membabitkan outlet lebih banyak lagi.

Pada masa ini, lebih 3,500 saudagar di Malaysia menerima WeChat Pay MY bagi tujuan pembayaran tambah nilai telefon mudah ahli, pembelian tiket  penerbangan, menonton Wang.

Sumber: Utusan online,  Berita Harian dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments