MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rasuah Pencapaian, Cabaran dan Perspektif



Persidangan Agung dan Mesyuarat Tahunan ke-10 Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) bertempat di Vienna, Austria "Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif” yang telah disampaikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahatir Mohamad. Sehingga tertubuhnya tabung bagi memerangi korupsi di peringkat antara bangsa diberi nama Dr Mahathir Mohamad Fund sebagai penghormatan terhadap usaha perdana menteri Malaysia dalam membanteras rasuah.

Malaysia sangat komited dalam memerangi dan membanteras jenayah rasuah dan terbukti dengan pencapaian yang dicapai oleh kerajaan Malaysia di bawah Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan baru-baru ini ditubuhkan satu Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) berkaitan hal-ehwal rasuah.

SPRM di tubuhkan di Malaysia pada tahun 2008, sebelum ini diletakan dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas itu dibentuk satu Biro Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dan akhirnya parlimen Malaysia bersetuju SPRM ditubuhkan sebagai entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan professional.

GIACC ditubuhkan pada 1 Jun 2019 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diterajui oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam isu-isu rasuah di dalam dan luar negara.

GIACC bertanggungjawab merancang, menggubal strategi dan menilai dasar bagi memastikan urusan kerajaan dilaksana berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.

Sebelum itu mari kita ketahui dahulu apa itu Rasuah? 

Rasuah didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. (Conflict Interest)

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Dalam akta ini juga saksi dilindungi oleh SPRM/pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan dan menggalakkan saksi tampil membuat aduan dan berkerjasama dengan pihak berkuasa. (Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010).
 
Pencapaian

1. Memperkenalkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) setiap Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri (Negeri- Negeri di bawah Malaysia) diminta untuk menandatangani IBR bagi memastikan pendtadbiran bebas dari rasuah.

2.Kerajaan dan ahli politik digalakkan untuk mengistiharkan Harta bagi membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan dan ahli politik.

3.Draf awal merancang dan menggariskan isu-isu berkaitan bagi merangka undang-undang berkaitan rasuah telah dibuat dan dalam perbincangan akhir sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk dibentangkan di Parlimen dan digubal sebagai rang undang-undang.

4.Melancarkan kempen ini serentak di seluruh negara bersempena Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) bagi memfokus kepada Pihak Berkuasa Tempatan , kementerian, Agensi kerajaan.

5.Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah atau GEMPUR bagi mendidik penjawat awam supaya menolak sebarang bentuk tawaran atau pemberian rasuah.

6. Ceramah pendidikan  kesedaran yang dibuat oleh SPRM disetiap Agensi , GLC, Sekolah, IPT, dan seumpamanya.

7. Menandatangani MoU antara SPRM dan GLC - GLC di Malaysia membolehkan pihak GLC melaporkan jenayah rasuah kepada pihak SPRM dalam membanteras rasuah d GLC  (Goverment Link Company ) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS, Telekom Malaysia (TM)  dan seumpamanya.

8. Malaysia salah satu negara anggota Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Cabaran dalam memerangi rasuah di Malaysia

Campur Tangan Ahli Politik dalam 

Pentadbiran dan Kewangan Kerajaan Kebanyakan   ahli   politik   dilihat   mencampuri   dalam   urusan  
pentadbiran   di   mana   keuntungan   peribadi   dapat   dicapai   walaupun dengan membelakangi undang-undang dan peraturan.

Campur  tangan  ini  biasanya  berlaku  dalam  proses  membuat  keputusan  terutamanya  yang  melibatkan  perolehan,  proses perlantikan kerja dan sistem perundangan. Menurut SPRM, sejak tahun 2012 sehingga 2014, sejumlah besar kes yang direkodkan adalah  dalam  sektor  pembinaan  yang  melibatkan  perolehan  contohnya rundingan dengan orang tengah.

Dalam isu ini perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik mestilah mempunyai integriti tang tinggi dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan syarikat /mahkamah,  dalam penilaian tender/sebutharga perlu dibuat bagi mencegah dari berlakunya rasuah.

Kurangnya Kepimpinan dan Kemahuan Politik

Kurangannya  sokongan,  komitmen  serta  kemahuan  dikalangan kepimpinan  politik  untuk  melaksanakan  kawalan  antirasuah telah  memberi  kesan  kepada  kemampanan  dan  keberkesanan  inisiatif antirasuah yang dijalankan setakat ini. Kebanyakan, jika tidak semua, inisiatif pencegahan rasuah lambat, perlahan atau tidak  popular  untuk  dilaksanakan.  Antara  inisiatif  (seperti  yang  diumumkan oleh pentadbiran terdahulu) yang masih tertangguh:

    Ketelusan  dalam  pengisytiharan  aset  dan  dasar  pengurusan hadiah  oleh  Ahli Pentadbiran  (termasuk  Perdana  Menteri  dan Timbalan Perdana Menteri);
    Pengenalan Peruntukan Salah Laku Penjawat Awam;
    Penubuhan   agensi   bebas   dalam   menguruskan   aset   yang  dirampas dan dilucuthak;
    Garis Panduan yang betul mengenai pelobi; dan
    Penandaan kuasa antara Menteri dan Ketua Setiausaha.

Dalam kepimpinan kerajaan hari ini isu ini telah diambil maklum dan perhatian sehingga tertubuhnya GIACC.

Badan Perundangan dan Badan Penguatkuasaan Yang Bebas

Institusi   perundangan   dan   agensi   penguat   kuasa   perlu  diperkuatkan  dan  diubah  menjadi  badan  bebas  dengan  kuasa  penuh   untuk   melaksanakan   fungsinya.   SPRM,   contohnya,  
seharusnya  boleh  melaksanakan  fungsinya  secara  bebas  dan berkesan tanpa gangguan bersifat politik. Campur tangan  politik dalam skandal 1MDB dan Pihak Berkuasa Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) menjadi antara penghalang terbesar kepada  SPRM  dan  Jabatan  Peguam  Negara  antara  tahun  2015  dan  2016  dalam  melaksanakan  fungsi  mereka.  Campur 
tangan  politik telah mencetuskan kecelaruan pentadbiran yang membawa  kepada  penukaran  pegawai  Pengurusan  Tertinggi  SPRM.  Isu  ini  telah  dilaporkan  oleh  Bertelsmenn  Foundation 
dalam  Bertelsmenn  Stiftung  Transformation  Index  (BTI)  2018  dan (CPI) pada tahun 2017.

Dalam isu ini juga Suruhanjaya DiRaja (RCI) telah dibentuk bagi menyiasat salah laku pihak yang terlibat seperti IMDB.

Hukuman Yang Ringan Kepada Pesalah Rasuah

Hukuman sedia ada bagi sebarang kesalahan berkaitan rasuah di  bawah  Akta  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia  2009  (Akta  694)  adalah  hukuman  penjara  tidak  melebihi  20 
tahun  manakala,  Akta  Pencegahan  Rasuah  1997  (Akta  575)  memperuntukkan   hukuman   penjara   selama   tempoh   tidak   kurang  daripada  14  hari  dan  tidak  lebih  daripada  20  tahun. 
Berbanding   kedua-dua   Akta   berkenaan,   Akta   SPRM   2009   (Akta 694) tidak memperuntukkan sebarang hukuman penjara minimum  kepada  pesalah  dan  ia  boleh  ditafsirkan  bahawa 
pesalah   rasuah   tidak   akan   menerima   sebarang   hukuman   penjara  minimum.  Akibatnya,  Akta  694  akan  dilihat  tidak  kuat  dan lapuk serta perlu dipinda

Rang undang perlu dibentang di parlimen dan dibahaskan bagi mencari jalan terbaik dalam penguatkuasaan akta yang sedia ada.

Kesan kepada Kestabilan Ekonomi

Penularan rasuah dalam politik dan Kerajaan telah mengakibatkan  berlakunya  peningkatan  ketidaksamaan  pendapatan,  kekayaan  dan  peluang.    Kesan  sebenar  akibat  rasuah  kepada  masyarakat  termasuk   kenaikan   kos   sara   hidup,   kejatuhan   kuasa   beli,  ketidakseimbangan  kuasa,  kesan  ke  atas  upah,  kesan  ke  atas  pertumbuhan,   dan   peningkatan   jenayah.   Keadaan   menjadi   bertambah buruk dengan peningkatan hutang awam dan ketirisan  disebabkan oleh salah urus pengurusan dana awam.

Perlunya penguatkusaan undang -undang yang menyeluruh tanpa mengira kedudukan,  pangkat dan kuasa seseorang / pihak yang terlibat.

Kurangnya Pemantauan dan Penguatkuasaan

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mempunyai perundangan yang  mencukupi.  Malangnya  penguatkuasaannya  tidak  seperti  yang  diharapkan.  Hakikatnya  pemantauan  dan  penguatkuasaan  adalah  penting  untuk  memastikan  bahawa  semua  proses  dan  prosedur  dipatuhi  seperti  yang  diperuntukkan  oleh  kerangka  perundangan  sedia  ada.  Agensi-agensi  Kerajaan  pada  umumnya  sering   kekurangan   keupayaan   untuk   memeriksa,   mengaudit  
dan  mengkaji  semula  operasi  dalam  menjalankan  aktivitinya.  Antara  sebab  mengapa  usaha  pemantauan  dan  penguatkuasaan  gagal  adalah  disebabkan  oleh  kekurangan  sumber  tenaga  kerja,  kemahiran, teknologi, kaedah dan sumber kewangan.

Kekurangan kakitangan dalam membenteras rasuah menjadi faktor utama kepada kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan,  langkah drastik perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Penggunaan Teknologi yang Terhad dalam Memerangi Rasuah

Dalam  memerangi  rasuah,  perkembangan  teknologi  perlu  diberi  pertimbangan  oleh  Kerajaan  dalam  memastikan  isu  keperluan  strategik teknologi diberi penekanan untuk meningkatkan integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan Kerajaan; khususnya dalam bidang penguatkuasaan, perolehan, pelesenan dan perkhidmatan. Penerapan  teknologi  akan  membawa  imej  positif  kepada  agensi  Kerajaan dalam penyampaikan perkhidmatannya. Integrasi digital sama ada sesama jabatan Kerajaan atau antara agensi Kerajaan kini   adalah   terhad.   Oleh   itu,   penggunaan   teknologi   moden   penting  untuk  membendung  rasuah  masih  diperingkat  awal. 
Bikin sendiri Memandangkan teknologi menjadi sebahagian daripada ekosistem, keupayaan dan kemahiran kumpulan rakyat perlu diperkukuh untuk merebut  peluang  yang  muncul  daripada  penggunaan  teknologi.  Namun,  dengan  peningkatan  hubungan,  risiko  baru  akan  muncul 
sama ada dari dalam atau luar seperti ancaman siber.Kurangnya Sokongan Awam dan Keyakinan
Kepercayaan    awam    banyak    bergantung    kepada    ketelusan    dan   kebertanggungjawaban   dalam   operasi   Kerajaan.   Rasuah   menghakis    sokongan    orang    ramai    justeru    membantutkan    keupayaan  Kerajaan  untuk  memenuhi  tugas  utamanya  untuk  menyediakan  perkhidmatan  dan  pembangunan  yang  kondusif.  Walaupun  kebanyakan  jabatan  penguatkuasaan  undang-undang  cuba  melaksanakan  tugas  mereka  dengan  cara  yang  terbaik, 
kredibiliti agensi penguatkuasaan ini sering dipersoalkan. Buktinya seperti  yang  dilaporkan  oleh 
Global  Corruption  Barometer 2017,  agensi  penguatkuasaan  undang-undang  khususnya  polis  sering  dilihat  umum  sebagai  agensi  penguatkuasa  yang  banyak  terlibat  dengan rasuah.

Dalam zaman teknologi pada hari ini,  perlunya aset dan teknologi yang ada pada agensi penguatkuasaan undang -undang sejajar dengan perkembangan dunia teknologi 5G.

Ancaman kepada Keselamatan dan Kedaulatan Negara

Kedudukan  geografi  Malaysia  dengan  pantai  yang  panjang  dan  berkongsi  sempadan  darat  dan  maritim  dengan  beberapa  negara  asing  mendedahkan  negara  kepada  ancaman  luar.  Ini  kerana 
pintu  masuk  di  sempadan  negara  sering  menjadi  sasaran  aktiviti  rentas  sempadan  lebih-lebih  lagi  dalam  situasi  di  mana  kawalan  sempadan  adalah  longgar  dan  sering  dikaitkan  dengan  tahap  integriti  yang  lemah  dikalangan  pegawai.  Dengan  kemerosotan  penguatkuasaan,  jenayah  rentas  sempadan  seperti  terrorisme  dan jenayah terancang menjadi berleluasa sekaligus mengancam keselamatan nasional serta kedaulatan negara. Malaysia dilaporkan mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun kesan daripada aktiviti  rentas  sempadan  haram.  Sementara  itu,  isu  pendatang  haram  bukan  hanya  memberi  kesan  kepada  isu  pekerjaan  dalam  negara  yang  turut  memberi  impak  kepada  pertumbuhan  ekonomi  negara.  Lebih  dari  itu,  ia  memberi  kesan  kepada  isu  kesihatan  dan   sosial   yang   seterusnya   mempunyai   implikasi   terhadap   kemaslahatan masyarakat.

Kerjasama bersama negara -negara dunia adalah sangat diperlukan dalam membendung jenayah rasuah rentas sempadan,  persidangan dan penyertaan negara Malaysia sebagai ahli dalam Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) adalah wajar dicontohi.

Perspektif

Sebenarnya banyak usaha-usaha kerajaan Malaysia telah ambil dalam membanteras rasuah di kalangan rakyatnya dan negara, hari ini  usaha-usaha kerajaan mendapat kerjasama dan pujian dari rakayat Malaysia sendiri sehinggakan ramai pesalah-pesalah rasuah di hadapkan di mahkamah dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Sehinggakan negara Malaysia terkenal dimata dunia dan di pandang tinggi oleh negara luar kerana usaha menentang rasuah.

Rasuah wajib dihapuskan untuk kelangsungan genarasi yang akan datang bagi memastikan budaya berintegriti diamalkan oleh masyarakat Malaysia dan dunia.

Sumber: SPRM, Bernama, Utusan & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments