MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pendapatan BIMB Holdings Berhad ("BHB")




Pendapatan BIMB Holdings Berhad ("BHB") mencecah paras tertinggi baharu dengan Keuntungan Sebelum Zakat dan Percukaian (“PBZT”) pada RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 ("TK2018"). 

Pengumuman yang dibuat oleh BIMB Holdings Berhad ("BHB") di siarkan melalui malaysiakini.com suatu petanda yang baik dalam industri perbankkan berasaskan konsep shariah yang dijalankan oleh BIMB Holdings Berhad ("BHB").

konsep shariah meliputi Wakalah (Agensi), Murabahah (Kos Campur), Kafalah (Jaminan), Bai’Dayn (Perdagangan Hutang) dan Ujrah (Fi) konsep shariah bertujuan menjaga Maqasid Shariah dalam menghasilkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan. Elemen Maqasid Shariah terdiri daripada Pemeliharaan agama, Pemeliharaan jiwa, Pemeliharaan akal, Pemeliharaan keturunan dan Pemeliharaan harta.

Masyarakat hari ini telah mula menerima dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap perniagaan dan perkhidmataan yang ditawarkan & disediakan berdasarkan konsep shariah. Dengan Prinsip Syariah / Halal dan Dipercayai menjadi ciri terpenting, Bank akan meneruskan langkahnya menggunapakai prinsip VBI seperti Triple Bottom Line ("TBL"), iaitu mementingkan masyarakat, alam sekitar dan kemakmuran.

Berikut dikongsikan sedikit maklumat keuntungan pihak BIMB Holdings Berhad ("BHB"):-

Perbankkan

1.Pendapatan lebih tinggi berikutan kenaikan Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa Februari 2018.

2. Pembiayaan meningkat RM3.6 bilion untuk mencecah RM45.7 bilion pada 31 Disember 2018.

3.Pertumbuhan pembiayaan yang kukuh sebanyak 8.5%, hampir dua kali ganda pertumbuhan pembiayaan purata industri sebanyak 4.3 % (November 2018.

4.Dari sudut pendanaan, deposit pelanggan dan akaun pelaburan Bank berada pada RM49.9 bilion dan RM5.2 bilion pada 31 Disember 2018 dengan peningkatan masingmasing sebanyak RM3.7 bilion dan RM0.9 bilion.

5.Akaun Semasa dan Simpanan ("CASA") dan Akaun Pelaburan (IA) tanpa matang, deposit kos rendah / nisbah IA berada pada 32.1%. Kedudukan pembiayaan Bank juga kekal sihat dengan nisbah pembiayaan kepada dana sedia ada sebanyak 77.7%.

Takaful

Takaful adalah salah satu konsep shariah yang di implementasikan dalam industri Insurans dan didefinisikan sebagai menjaga dan menjamin keperluan seseorang berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan sesama ahli ia ini sekumpulan individu/organisasi di dalam kumpulan tersebut saling menjamin diantara satu sama yang lain  sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan menimpa salah seorang daripada ahli mereka.

1.Kumpulan Takaful Malaysia Keluarga Berhad ("Takaful Malaysia") mencatat kenaikan 32.9% dalam PBZT kepada RM337.0 juta untuk TK2018, berbanding RM253.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya.

2.Pendapatan lebih tinggi yuran wakalah yang timbul daripada pertumbuhan mantap dalam perniagaan Keluarga dan Takaful Am.

3. Pendapatan operasi Takaful Malaysia meningkat 23.4% pada TK2018 kepada RM2.639 bilion daripada RM2.139 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh jualan lebih tinggi yang dihasilkan oleh perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am.

4.Takaful Keluarga telah menjana sumbangan diperoleh kasar sebanyak RM1.608 bilion, peningkatan 27.2% berbanding RM1.264 bilion yang dicatat pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh jualan lebih tinggi daripada produk berkaitan kredit.

5.Takaful Am mencatatkan sumbangan diperoleh kasar sebanyak RM685.8 juta, meningkat sebanyak 23.7%, berbanding RM554.2 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disebabkan terutamanya oleh kelas kebakaran dan motor.

6.Takaful Malaysia telah memuktamadkan penyusunan semula perniagaan Perniagaan Takaful Keluarga dan Am mengikut keperluan Seksyen 16 (1) dan 286 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ("IFSA"). Bank Negara Malaysia pada 29 Jun 2018 telah mengeluarkan sijil berlesen bagi perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am masing-masing berkuat kuasa 1 Jun 2018.

Diantara pemangkin lain kepada keuntungan BIMB Holdings Berhad ("BHB") adalah:-

1.Kesedaran masyarakat terutama kepada pelanggan-pelanggan yang beragama islam mementingkan konsep perniagaan yang suci, bersih dan halal.

2.BIMB Holdings Berhad bank yang menjalankan perniagaan & perkhidmatan sepenuhnya berlandaskan konsep shariah.

3.Mempunyai Majlis Penasihat Shariah menjadi keyakinan kepada pelabur-pelabur beragama islam untuk melabur dalam BIMB Holdings Berhad (Bank Islam). Wang yang dicarum di Bank Islam dilabur dan digunakan di tempat yang dibenarkan sahaja (halal).

4.Masyarakat/pelabur/pelanggan yakin dengan prestasi Bank Islam yang bebas dari persepsi yang negatif.

5.Bank Islam perbankan yang mengeluarkan zakat kepada institusi zakat berdasarkan keuntungan tahunan.

6.Membantu mengembangkan ekonomi islam itu sendiri.

7.Belanjawan 2019 yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia memastikan pertumbuhan ekonomi Islam. Ini termasuklah keutamaan berterusan ke atas perbankan Islam, pengembangan industri produktiviti halal, meningkatkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana ("SME") patuh Syariah dan inisiatif digital.

Pemangkin-pemangkin yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian daripadanya, banyak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi keuntungan Bank Islam diantaranya dasar kerajaan, politik, social dan budaya masayarakt Malaysia.

Sumber: BIMB Holdings Berhad ("BHB") (Bank Islam), malaysiakini.com dan Penulis sendiri.



Post a Comment

0 Comments