MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembayaran BSH 2019 (Bujang)



 
Pembayaran BSH 2019 Sebanyak RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang. Pembayaran berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:

Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018

Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon

Pendaftaran Permohonan, Kemas Kini dan juga penghantaran Dokumen Sokongan BSH 2019 TELAH DITUTUP. Sebarang penghantaran Borang Permohonan, Kemas Kini dan Dokumen Sokongan BSH 2019 tidak akan diterima oleh LHDNM.

Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BSH bagi Fasa Pertama telah boleh dibuat cetakan secara dalam talian oleh penerima Fasa Pertama BSH di Portal BSH > MyBSH > Peti Mel > Surat-Surat mulai 1 Mac 2019. Selain daripada cetakan secara dalam talian, penerima BSH juga boleh mendapatkan cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BSH Fasa Pertama di mana-mana Cawangan LHDNM mulai 5 Mac 2019.

Aplikasi Mobile Bantuan Sara Hidup telah boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada Telefon Bimbit dengan Carian Bantuan Sara Hidup dan Logo Aplikasi adalah seperti berikut:


Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.

MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.

Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.

Bagi memudahkan masyarakat Sabah & Sarawak untuk membuat permohonan atau semakan atau apa-apa urusan berkaitan BSH, Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual di bawah bagi kemudahan awam.



Sumber: LHDN Malaysia

Post a Comment

0 Comments