MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

mQuit




PERKHIDMATAN mQuit

Perkhidmatan mQuit ialah perkhidmatan Berhenti Merokok secara  bersepadu berhenti merokok yang merangkumi kemudahan awam dan swasta di Malaysia.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah:-
  •  Pelan berhenti merokok
  • Sumber dan nasihat tentang berhenti merokok
  • Sesi susulan yang menyeluruh oleh profesional kesihatan yang berdedikasi
  • Terapi penggantian nikotin untuk memudahkan pemberhentian merokok
KENAPA ANDA MESTI BERHENTI?


FAEDAH – FAEDAH BERHENTI MEROKOK

Selepas bertahun-tahun terdedah kepada nikotin, tar dan bahan kimia lain, badan anda telah terkesan. Dengan berhenti merokok, anda akan mendapati kesihatan diri anda bertambah baik dan kembali seperti sedia kala. Dibawah disenaraikan faedah-faedah hasil daripada berhenti merokok.

BERNAFAS DENGAN LEBIH MUDAH

Penyakit Pulmonori Obstruktif Kronik (COPD) terbentuk selepas pendedahan berpanjangan kepada jelaga yang merosakkan paru-paru dan saluran udara, terutama paip, cerut, asap tembakau dan lain-lain, bahkan asap pasif turut menyakitkan paru-paru dan menyebabkan COPD. Dengan berhenti merokok dan menjauhi asap rokok boleh mengelakkan dari terkena penyakit ini.

KEHIDUPAN SEKSUAL LEBIH SEMPURNA

Merokok boleh menyebabkan mati pucuk kerana pembuluh darah yang membekalkan darah ke zakar boleh rosak. Merosakkan dan mengurangkan jumlah sperma dan penyebab kanser testis (bagi lelaki) perempuan (kanser serviks) kurangkan kesuburan dan penyebab kemudaratan kepada janin. Berhenti merokok membolehkan seseorang itu / keluarga itu mendapat kehidupan seksual yang sempurna.

MEMPUNYAI UKIRAN SEYUMAN YANG MENARIK

Merokok menyebabkan masalah seperti nafas berbau dan gigi berkarat, penyakit gusi dan kerosakan deria rasa, peningkatan risiko kanser bibir, lidah, tekak, peti suara dan esofagus. Berhenti merokok dapat mengelakkan risiko terhadap penyakit ini.

JANTUNG LEBIH SIHAT

Korbon monoksida dan nikotin dari asap rokok memberikan tekanan kepada jantung, meningkatkan risiko darah beku, serangan jantung. Jantung yang baik adalah mereka yang tidak merokok dan sekiranya anda merokok hentikan la bermula hari ini, untuk kesihatan bersama.
   
PENJIMATAN KOS

Berhenti merokok dapat menjimatkan kos harian, sebagai contoh penjimatan seminggu RM 70 x 4 (bulanan) = RM 280 penjimatan sebulan dan boleh disalurkan bagi pembelian keperluan dapur rumah.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut sila layari http://jomquit.moh.gov.my

Sumber: jomquit.moh.gov.my/mquitcenters

Post a Comment

0 Comments