MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysiakini menang geran inovasi Google



Malaysiakini telah memenangi geran inovasi daripada Google News Initiative (GNI), program kewartawanan gergasi teknologi itu yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Malaysiakini merupakan media internet berpusat di negara Malaysia dan menyediakan 4 bahasa penghantar dalam ruangan medianya 4 bahasa tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil ke empat-empat bahasa ini sinonim dengan rakyat Malaysia dan Bahasa yang paling banyak digunakan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Walaubagaimanapun Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi atau Bahasa Penghantar negara Malaysia.

Malaysiakini dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Terkini, Parlimen, Seni & Hiburan,Sukan, Global, Kolum,  Surat,  Laporan Khas, Wawancara, Ulasan, Lensa kini,  TV, dan Pilihan Editor. Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun dan menerima ranking laman web ke-13 popular di Malaysia oleh Alexa. Pada 2013, syarikat induk Malaysiakini melancarkan dua tapak sesawang - portal perniagaan KiniBiz dan tapak berita TV internet KiniTV.

Berita utama dan Terkini di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan. Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.

Sebelum Pilihan Raya ke 14 Malaysiakini telah menyumbang dalam mempengaruhi perspektif masyarakat umum menentukan parti mana yang pengundi akan pangkah kerana menyediakn fakta,  isu - isu politik dan ruangan netizen memberi komen terutamanya laskar siber parti Pro kerajaan dan Pro pembangkang.

Malaysiakini juga menyediakan maklumat terkini berkenaan isu - isu rakyat,  ekonomi,  akademik,  berita sensasi,  viral,  sosial, pendidikan, sukan, dasar - dasar kerajaan dan lain-lain.

Di Malaysia penyampaian berita dan isu - isu terkini melalui media internet sangat berkesan kerana majoriti rakyat malaysia boleh mengakses internet melalui telefon pintar. Diantara media internet kewartawanan yang ada di medium internet dan boleh diakses Utusan online, Berita Harian, Bernama termasuk Malaysiakini.

Malaysia merupakan salah satu daripada 23 pemenang Asia-Pacific Innovation Challenge GNI. Pemenang diumumkan dalam satu hantaran blog Google malam tadi.

Ketua Berita dan Penganjuran Penerbitan Asia Pasifik Google Kate Beddoe berkata, pertandingan yang julung kali diadakan itu bertujuan "mengukuhkan sokongan kami terhadap inovasi digital dan model perniagaan berita di organisasi media di rantau Asia-Pasifik".

Beliau mengumumkan sejumlah AS$3.2 million (RM13.0 million) akan diberikan kepada penerima geran.

Selain Malaysiakini, satu lagi pemenang dari Malaysia adalah pasukan R.AGE dari The Star.

Pemenang lain termasuk Singapore Press Holdings (antara akhbarnya adalah Straits Times), Tempo Indonesia dan The Guardian Australia.

Terdapat 215 pemohon daripada 18 negara Asia-Pasifik yang menyertai pertandingan itu.

Melalui cadangan "Kini Community" yang dipilih itu, Malaysiakini akan memperkenalkan model langganan yang menggabungkan ganjaran komuniti dan pengiktirafan kepada pembaca.

Ia bertujuan mewujudkan sistem ganjaran berdasarkan markah dan program kesetiaan yang menggalakkan pembaca untuk lebih berinteraksi dengan Malaysiakini dan komunitinya.

"Kami gembira kerana geran ini akan membantu kami memberikan lebih banyak cara untuk pembaca berinteraksi dengan Malaysiakini dan pembaca lain.

"Kami percaya kepada interaksi pembaca adalah kunci kepada sokongan terhadap media bebas dan berwibawa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Cadangan itu ditulis secara bersama oleh Premesh, pengurus kanan produk Sean Ho dan subeditor Koh Aun Qi.

Penerima geran dijangka mencipta produk dalam masa setahun dan membentangkan dapatan mereka dengan Google dan komuniti kewartawanan.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada Malaysiakini diatas anugerah yang diperolehi semoga industri kewartawanan di Malaysia terus cemerlang dalam memberi informasi dan isu - isu terkini bagi melahirkan masyarakat yang holistik.

Sumber :Malaysiakini dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments