MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia tidak mengisytiharkan perang kepada EU


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahatir Mohamad berkata negara Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah (EU) cuma hanya memaklumkan kepada dunia tentang masalah yang dihadapi Malaysia berikutan keputusan EU untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel dan produk berasaskan kelapa sawit.


Beliau berkata negara Malaysia tidak mengisytiharkan perang perdagangan dengan EU apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia akan melihat kepada negara lain untuk membeli jet pejuang, daripada membelinya daripada syarikat Eropah berikutan layanan tidak adil EU terhadap pengeluar minyak sawit.

Negara Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia di antara 80-90 % adalah dihasil dan dikeluarkan oleh Malaysia dan Indonesia.

Apa yang Tun Dr Mahatir Mohamad ingin memberitahu dunia bahawa amat tidak adil untuk negara-negara kaya menghalang negara-negara miskin daripada menjadi lebih kaya dengan tidak membeli produk mereka. Itu sahaja dan bukan (mengisytiharkan) perang perdagangan.

Malaysia maklum bahawa EU mempunyai negara keanggotan yang ramai/banyak dan pasaran domestik diantara mereka sudah cukup, namun setiap negara mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan faktor iklim, kedudukan geogarafi, sejarah, teknologi dan kepakaran begitu juga Malaysia kesesuaian iklim membolehkan kelapa sawit menjadi tanaman utama yang dikomersilkan dan penyumbang utama kepada ekonomi, masyarakat dan kemakmuran Malaysia. Kelapa sawit menghasilkan pulangan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada masayarkat Malaysia dianggarkan Lebih 650,000 pekebun kecil bergantung kepada tanaman sawit dan jumlah ini mencecah 2.3 juta rakyat Malaysia sekiranya bilangan kanak-kanak daripada keluarga yang terbabit juga diambil kira.

Adalah tidak adil jika EU menghalang penggunaan minyak sawit dalam biofuel dan produk berasaskan kelapa sawit, tanpa memikirkan nasib dan kebajikan rakyat Malaysia dan Indonesia serta negara pengeluar minyak sawit dunia seperti Colombia dan lain-lain.

Kesatuan EU juga maklum bahawa kesesuaian iklim di tempat mereka membolehkan penanaman soya dan penghasilan minyak bijian bagi tujuan export dan menjana ekonomi mereka, sekiranya kita lihat persamannya adalah penebangan hutan bagi tujuan membuka ladang penanaman dan Malaysia masih mempunyai lebih 53 peratus keluasan hutan seperti mana yang dinyatakan oleh Malaysia memberikan jaminan untuk mengekalkan sekurang - kurangnya 50% dariapada kawasan tanah di bawah kawasan litupan hutan pada sidang kemuncak Rio,  Brazil 1992.

Situasi win-win perlu diantara kedua belah pihak EU dan Malaysia bagi kepentingan masyarakat negara masing-masing dan hubungan diplomasi serta perdaganggan.

Walaupun Malaysia sedang mempertimbangkan penerokaan pasaran baru di Afrika dan timur tengah namun pelbagai aspek perlu dilihat diantaranya hubungan diplomatik dan hubungan perdaganggan kedua belah pihak.

Perkembangan hubungan Malaysia dengan negara benua Afrika agak perlahan dari segi memupuk hubungan dengan negara-negara Afrika selepas Tun Dr Mahatir Mohammad berundur daripada jawatan sebagai perdana menteri sebelum ini, dan adalah amat mencabar untuk meningkatkan hubungan semula kerana mempunyai masa yang terhad.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata terdapat banyak pihak memohon untuk melabur di Malaysia tetapi kerajaan perlu membuat tapisan dari pelbagai aspek agar tidak timbul masalah di kemudian hari dan hanya pelaburan berkualiti diluluskan. Pelaburan yang diluluskan juga memerlukan masa untuk menjadi kenyataan dan tidak akan berlaku dalam waktu yang singkat.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments