MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

EU Tolak Keputusan Trump Iktrif Golan Heights





Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Federica Mogherini pada Ahad.(31.03.2019).

Bercakap di sidang kemuncak ke-30 Liga Arab yang berlangsung di Tunis, Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap Golan Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.

Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang memiliki kuasa pembatal (kuasa veto); iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia. Ia merupakan organ PBB yang berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara. Di mana organ lain PBB hanya boleh membuat cadangan kepada ahli-ahli kerajaan, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan resolusi yang mesti dipatuhi oleh kerajaan negara ahli di bawah Piagam PBB. Keputusan-keputusan majlis dikenali sebagai Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Presiden Majlis Keselamatan ini digilir-gilirkan dan berakhir hanya untuk setiap bulan bagi setiap giliran.

"EU kini berusaha mencapai satu penyelesaian politik bagi krisis itu yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB," katanya sambil menambah bahawa satu penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan ke arah mencapai keamanan bagi menghentikan konflik di Syria dan memastikan kepentingan semua pihak.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan kebanyakan pemimpin negara anggota Liga Arab serta wakil PBB, EU dan Kesatuan Afrika dalam usaha mencari titik persamaan bagi menentang dasar AS terhadap Syria dan bandar suci Baitulmaqdis yang menjadi pertikaian.

Adalah diharapkan EU, Liga Arab dan negara-negara dunia berkerjasama dalam memastikan kepatuhan resolusi PBB dan ketelusan Majlis PBB dalam isu berkaitan Golan Heights.

Sumber: Bernama dan Wikipedia

Post a Comment

0 Comments