MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aset Tabung Haji 2018


Kerajaan Malaysia, hari ini di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawab kepada Dr Mujahid Yusof memutuskan  untuk memindahkan aset tidak berprestasi baik lembaga Tabung Haji (TH) ke syarikat tujuan khas (SPV) yang diberi nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

Penstrukturan semula  TH sebelum ini  telah menimbangkan beberapa pilihan dalam pelaksanaan penstrukturan. Diantara pilihan tersebut adalah :-
  1. Kerajaan bertindak sebagai penjamin 
  2. Pemberian geran kepada Lembaga Tabung Haji
Tetapi kedua-dua pilihan diatas berisiko tinggi kepada kerajaan Malaysia dari segi kedudukan kewangan Negara.

Keputusan untuk memindahkan aset tidak berprestasi baik ke SPV bagi menjaga kebajikan pendeposit dan memberi jaminan bahawa keutamaan TH adalah menjaga kepentingan pendeposit, bagi membolehkan pendeposit mendapat pengagihan hibah bersesuaian dengan Akta Tabung Haji 1995 yang memperuntukan aset mestilah melebihi tanggungan sekiranya dividen diagihkan kepada pendeposit.
Pemindahan aset tak berprestasi tinggi bernilai RM19.9 bilion - merangkumi 29 hartanah, 106 aset sekuriti domestik dan satu syarikat tak tersenarai - telah meletakkan aset Tabung Haji pada nilai RM76.5 bilion berbanding liabiliti RM75.5 bilion setakat 31 Disember lalu.
Sebelum ini, TH dilaporkan menanggung liabliti bernilai RM74.4 bilion berbanding aset RM70.3 bilion, menjadikannya defisit RM4.1 bilion setakat 31 Disember 2017.
Sumber : Berita Harian, malaysiakini dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments