MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Warkah Wak Ibas 'cairkan' Salahuddin di atas pentas




Seorang petani warga emas dari Sungai Besar berjaya membuatkan air mata menteri pertanian tumpah, melalui sepucuk surat berkaitan keluh kesah golongan itu.
Ibas Hamud atau lebih mesra dengan panggilan Wak Ibas menyerahkan surat itu sebagai gimik pelancaran dalam majlis pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang hari ini.
Dari atas pentas, menterinya Salahuddin Ayub membacakan surat itu kepada umum.
Serdang hari ini.
Dari atas pentas, menterinya Salahuddin Ayub membacakan surat itu kepada umum.

Baca: Surat Wak Ibas: Bila jadi menteri, YB potong subsidi baja kami

Ibas, 77, yang hadir dengan kemeja biru lengan panjang dan keluar khaki kelabu, berada di sebelahnya.
Bagaimanapun suara Salahuddin kemudian tersekat-sekat dan tidak dapat menahan perasaan.
Lalu tumpahlah air matanya, lapor Berita Harian.
Isteri Salahuddin, Fatimah Taha, turut menenangkan beliau dengan menepuk- nepuk bahunya, sambil beliau sendiri mengesat air matanya dengan tisu.
Hadiri turut terbawa-bawa emosi sama.
Surat itu antara lain meluahkan kebimbangan petani dan nelayan dengan pemotongan elaun sara diri.
Salahuddin bagaimanapun selepas itu berjanji akan memastikan golongan petani dan nelayan terus dibantu.
Beliau kemudian menjemput Wak Ibas minum kopi.
Suasana muram kembali ceria selepas Salahuddin meminta maaf kepada Wak Ibas kerana tidak menyediakan kuih-muih, menyebabkan orang ramai ketawa.
Ibas ialah anggota Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.
Isi Surat Wak Ibas berbunyi....
Assalamualaikum WBT,
Ke hadapan YB yang dihormati, semoga dirahmati Allah SWT.
Pertama sekali, terima kasih sebab sudi terima surat pak cik ini.
YB, pak cik ini dah berpuluh tahun buat sawah. Itulah sumber pak cik cari makan.
Tapi bila YB jadi menteri, YB potong subsidi baja kami. YB tahu tak kami ini susah.  
YB sebagai menteri pertanian sepatutnya jaga kebajikan kami. Ini tidak, elaun sara hidup nelayan pun YB potong.
Sudahlah mereka ini tertindas. Bersabung nyawa tengah laut, tapi terpaksa jual murah.
Sedangkan dekat pasar harga ikan bukan main mahal. YB nampak tak semua ini?
YB, itu baru cerita padi dan ikan. Untuk pengetahuan YB, petani lain pun ramai kecewa.
Baik yang buat sawit, getah, semua gelisah harga jatuh.
Yang buat cili, yang buat kambing semua pening hasil tak laku. Sebab cili Vietnam dan daging import terlampau murah.
Kalau terus macam ini YB, baik YB tukar saja slogan “Pertanian suatu Perniagaan”. Tukar jadi “Kita import je hasil pertanian”.
Biar semua tahu, tak ada untung buat pertanian.
YB, pak cik luahkan ini, bukan nak marah. Cuma nak YB betul-betul faham apa yang kami rasa di bawah ni.
Akhir kata, kalau YB betul-betul ikhlas nak bantu kami, simpanlah elok-elok surat ini.
Pak cik akhiri dengan memohon maaf kalau terkasar bahasa.
Insya-Allah, pak cik tetap doakan YB berjaya.
Wassalam.

Ikhlas dari isi hati,
Haji Ibas bin Hamud
Parit 10, Sungai Besar, Selangor

Sumber: Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments