MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pendaftaran kemaskini BSH 2019


 Pendaftaran Bantuan Sara Hidup kini dibuka


 
Bayaran fasa kedua dan ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dilunaskan kepada penerima masing-masing pada Mei dan Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, untuk menerima bayaran BSH 2019 selanjutnya, pemohon yang layak perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat masing-masing. 

"Secara am, isi rumah yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan layak untuk menerima BSH.
"Pendekatan BSH adalah selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk menyasarkan bantuan hanya kepada golongan yang layak, iaitu kumpulan yang amat perlukan bantuan bagi menghadapi kos sara hidup," kata kenyataan itu. 

Menurut Kementerian Kewangan tempoh pendaftaran BSH tahun ini dibuka mulai 1 Feb hingga 15 Mac dan pemohon yang layak dialu-alukan untuk membuat permohonan melalui kaedah berikut:

• Mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau pusat transformasi bandar (UTC)
• Mengisi borang Pemohon yang dimemuat turun melalui portal rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my
• Memohon secara dalam talian di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my.

Kementerian Kewangan berkata selain kaedah itu kerajaan juga akan mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan pendaftaran setempat, terutamanya untuk membantu penduduk di kawasan pedalaman, terpencil atau yang terlantar. 

"Kementerian Kewangan akan mewujudkan jalinan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang pernah menjalankan kerja pendaftaran sebelum ini," tambahnya lagi.
Proses pendaftaran dan pengemaskinian maklumat isi rumah dilaksanakan bagi memastikan hanya isi rumah yang layak menerima BSH. 

Katanya langkah tersebut penting bagi memastikan sumber negara digunakan dengan berhemah serta bersasaran kepada golongan B40, selain mengelakkan ketirisan.
Untuk rekod, bayaran fasa pertama RM300 yang memanfaatkan 4 juta isi rumah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

"Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019, termasuk pengenalan kadar tambahan mengikut bilangan anak bawah tanggungan," katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my. 

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga menjelaskan kadar inflasi pada 2018 adalah pada tahap 1 peratus berbanding 3.7 peratus pada 2017. 

 Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments