MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

mySalam




Pada 24 Januari 2019, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 dan pada hari ini (27.02.2019) ditukar kepada nama Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam yang menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Permohonan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam dibuka kepada golongan B40 dan permohonan boleh dibuat melalui alamat laman sesawang http://www.mysalam.com.my
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui pesanan SMS.
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan (Malaysia) setelah memenangi piliharaya ke – 14 (PRU-14) dan parti yang memerintah Malayisa, bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

B40 adalah golongan kumpulan isi rumah berpendapatan purata  bulanan RM 3860.00 kebawah dan 40% rakyat Malaysia dalam golongan ini.

Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Diantara faedah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam:-

  1. Menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal.
  2. Menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari bersamaan purata RM 700 setahun kepada mereka (B40) yang menerima rawatan di mana-mana Hospital Kerajaan Malaysia.
Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40:-
  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
  5. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
Tujuan skim mySalam diwujudkan adalah untuk menangani kesulitan kewangan golongan B40 yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga seperti yang dinyatakan di atas.

Sebanyak 143 hospital termasuk  institusi perubatan sebagai panel skim mySalam ini.

Talian Bantuan

Telefon : 1-300-88-8938
Email : mysalam@greateasterntakaful.com

Sumber : Laman sesawang B40, Utusan, Berita Harian, Malaysiakini dan Penulis sendiri







































Post a Comment

0 Comments