MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keberkatan Rezeki


Rezeki merupakan nikmat pemberian daripada Allah swt ia ini pencipta segala makhluk di dunia dan alam semesta.

Kesihatan, anak - anak, umur,  keselesaan, harta dan wang dan seumpamanya juga adalah rezeki,  tetapi diruangan ini ditumpukan kepada rezeki wang dan harta benda dalam konsep penggunaan harian. 

Rezeki seseorang manusia telah tertulis sejak azali lagi sebelum seseorang manusia itu diciptakan oleh Allah swt.

Allah swt telah memerintahkan setiap umat adam untuk menyukuri nikmat dan rahmat pemberian-Nya,  samada pemberian itu sedikit mahupun banyak.

Rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt akan memberikan ketenangan kepada kita sekiranya mempunyai keberkatan dalam rezeki tersebut. Untuk memperolehi keberatan tersebut para cediakawan dan ulama islam menggariskan beberapa perkara untuk dilakukan :-
  1. Bersyukur atas rezeki yang diberikan samada banyak mahupun sedikit
  2. Membelanjakan harta benda dan wang pada jalan yang diredahi oleh Allah swt 
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dalam pekerjaan yang dilakukan. Seperti jujur dalam perniagaan, bekerja bersungguh-sungguh dan amanah dalam tanggungjawab yang diberikan
  4. Mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan cukup syarat pendapatan kasar melebihi nisab yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam sesebuah negeri /negara
  5. Memberikan sedekah sunat kepada anak yatim dan orang miskin
  6. Adalah lebih baik memberikan rezeki kepada seseorang/kumpulan tanpa orang lain mengetahuinya bagi memelihara keikhlasan, tetapi zakat hendaklah diberikan secara terang-terangan bagi menegakkan syiar islam 
  7. Sentiasa berniat didalam hati untuk menginfakkan/mensedekahkan sedikit harta benda dan wang jika mendapat rezeki yang berlebihan 
  8. Jangan mengungkit atas pemberian/sedekah yang diberikan 
  9. Mencari harta benda dan wang (rezeki) sebagai konsep ibadat kepada Allah swt
  10. Sentiasa mengikhlaskan pemberian yang diberikan dan mengutamakan keluarga terdekat terlebih dahulu, barulah membantu orang lain
  11. Jangan lupa sesekali untuk memberikan pemberian harta benda atau wang kepada ibu bapa kita,  keberkatan rezeki kita juga berkait dengan doa mereka.
Rezeki yang halal lagi berkat memberikan kepuasan dan ketenagan dalam diri kita dan yakinlah janji-janji Allah swt setiap perkara yang dibuat samaada baik atau tidak walaupun sekecil zarah akan dibalas oleh Allah swt di akhirat sana.

Sekian,  Wallahu a'klam

Post a Comment

0 Comments