MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Info Falak



Firman Allah yang bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang mahu mengetahui. (Yunus: 5)

Ayat diatas ada kaitan dengan ilmu falak

Ilmu Falak ialah Ilmu yang mengkaji asal-usul, pergerakan dan sifat objek samawi serta alam semesta.

Imam al-Qazwini ialah ulama terkenal dalam ilmu falak di dunia Islam hingga ke alam Melayu. Antara karya beliau yang masyhur termasuk Aja’ibul Makhluqat Wa Ghara‘ibul Maujudat yang bermaksud Keajaiban Segala Makhluk dan Keunikan Segala Yang Wujud.

Ulama terkenal Pulau Pinang, Allahyarham Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdullah Fahim antara pakar dalam bidang falak. Antara sumbangan besar beliau adalah memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh keramat kemerdekaan negara Malaysia. Menurutnya, 31 Ogos 1957 dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘tahun baik datang kepada kita’.

Apa yang menarik Bulan Purnama kali ini ( 19 Feb 2019 | 15 Jamadilakhir 1440 | bermula waktu maghrib ??

1. Bulan Penuh paling besar dan dekat untuk tahun 2019 ini.

2. Disebut Bulan Penuh Perigee, atau atau diistilahkan oleh orang awam sebagai supermoon.

3. saiz dan kecerahan bulan ini kelihatan sedikit besar dan sedikit cerah berbanding biasa.

4. kedudukan Bulan Penuh Perigee berhampiran dengan bintang Regulus.

5. Perkataan Perigee itu merujuk kepada titik di dalam orbit di mana Bulan akan berada paling hampir dengan Bumi.

6. Waktunya pada malam ini ialah pada jam 11:53 malam memasuki fasa bulan purnama dan pada jam 5:07 petang ketika itu Bulan berada pada poin paling dekat dengan Bumi (perigee).

7. Jarak Bulan ketika ini ialah 356,761 km daripada pusat Bumi.

Disedikan oleh ;

Bahagian Falak,
Pejabat Mufti Negeri Sabah.



Post a Comment

0 Comments