MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sistem Insuran Pekerjaan (SIP)







SISTEM INSURANS PEKERJAAN

APA ITU SIP? 

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru. 

1.Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

2.Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

3.Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional

LIPUTAN
  1. TAKRIF LIPUTAN
    • Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
    • Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
    • Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
    • Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00
    •  
  2. KADAR CARUMAN
    • Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
    • Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
    •  
  3. KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN
    • Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
      1. Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
      2. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
      3. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
      4. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
      5. Persaraan orang berinsurans ; atau
      6. Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
    • Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.    
 KADAR CARUMAN



   FAEDAH SIP

Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

Elaun Latihan (EL)
Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan

Fi/Yuran Latihan (FL)
Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar

Panduan Menuntut Insuran SIP
Maklumat Am
Nota: ASIP ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

ermohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses.
2.    Sila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar.
3.     Dokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.
4.   Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.

Senarai bank
1.    Pembayaran akan dilakukan melalui pemindahan wang secara elektronik. Sebarang masalah dengan kaedah ini, boleh berhubung dengan pegawai PERKESO serta membuat perakuan maklumat bank.
2.    Pembayaran hanya akan dilakukan bagi bank yang tersenarai. Sila rujuk kepada senarai bank yang disertakan:

(1)
AFFIN BANK
(2)
AGRO BANK
(3)
AL RAJHI BANK
(4)
ALLIANCE BANK
(5)
AM BANK
(6)
BANK ISLAM
(7)
BANK MUAMALAT
(8)
BANK OF AMERICA
(9)
BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
(10)
BANK PERTANIAN MALAYSIA
(11)
BANK RAKYAT
(12)
BANK SIMPANAN NASIONAL
(13)
BNP PARIBAS MALAYSIA
(14)
CIMB BANK
(15)
CITIBANK
(16)
DEUTSCHE BANK (M) BHD
(17)
HONG LEONG BANK
(18)
HSBC BANK
(19)
IND & COM BANK OF CHINA
(20)
J.P. MORGAN CHASE
(21)
KUWAIT FINANCE HOUSE
(22)
MAYBANK
(23)
MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
(24)
OCBC BANK
(25)
PUBLIC BANK
(26)
RHB BANK
(27)
ROYAL BANK OF SCOTLAND
(28)
STANDARD CHARTERED BANK
(29)
SUMITOMO MITSUI BANK
(30)
UNITED OVERSEAS BANK

Notis Kenyataan
1.     Permohonan yang lengkap akan dibuat pengesahan oleh pegawai PERKESO. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
2.     Salinan dokumen utama hendaklah dilampirkan bersama dengan permohonan ini

(a)
Salinan kad pengenalan
(b)
Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)
(c)
Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
(d)
Salinan akaun bank
Dokumen sokongan
(e)
Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)
(f)
Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak
(g)
Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes)


 Sumber : PERKESO







Post a Comment

0 Comments