Dana
Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (Dana BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan dana berjumlah RM1 bilion untuk
membantu isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah
pertama mereka.
Dana BNM yang menawarkan kadar pembiayaan rendah itu harus dilihat
sebagai satu kemudahan sementara, untuk suatu tempoh terhad dan dilaksanakan
secara berhemat.
“Bagi memastikan pembiayaan rumah terus mapan, kadar pembiayaan rumah
perlu mencerminkan kos risiko sebenar dihadapi oleh institusi kewangan dengan
mengambil kira kos dana, kos pentadbiran, risiko kecairan dan kredit pinjaman.
“BNM dan institusi kewangan terus komited menyediakan perkhidmatan
kewangan yang transformatif bagi membolehkan segenap lapisan masyarakat dapat
menabung, melabur dan meminjam secara produktif dan meningkatkan kualiti
kehidupan.
“Pembeli pula perlu mempunyai simpanan secukupnya dan keupayaan membayar
pinjaman mereka sepanjang tempoh pinjaman untuk memastikan pemilikan rumah.
“Malah, bakal pembeli juga disarankan mengambil langkah praktikal dalam
memberi keutamaan ke atas komitmen utama perbelanjaan sara hidup agar
penambahan hutang melalui pembiayaan rumah tidak membebankan kedudukan
kewangan,”
Rumah Mampu Milik BNM
|
|
Pendapatan
bulanan isi rumah
|
RM2,300 dan kebawah
|
Kadar
pembiayaan
|
3.5 % setahun
|
Kediaman berharga
|
RM150,000
kebawah
|
Bank yang
terlibat
|
1.AmBank
2.BSN
3.CIMB
4.Maybank
4.RHB
|
Dana
tersedia selama
|
2 Tahun (Bajet 2019)
|
Modul
pembelajaran atas talian
Pemohon dana
itu juga diwajibkan melalui modul pembelajaran atas talian yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling
dan Pengurusan Kredit (AKPK) bank pusat itu sebelum mereka ayak memohon dana
berkenaan.
Gabenor Bank
Negara Malaysia, Shamsiah Yunus berkata ia bertujuan untuk meningkatkan celik
kewangan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah.
Sumber :
Utusan dan Malaysiakini