MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Syed Hamadalah Syed Othman



Biodata

Nama: Syed Hamadalah Syed Othman 

 

Syed Hamadalah Syed Othman pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.

 

Pengalaman beliau termasuk menjadi ahli pasukan perunding antarabangsa mengenai kajian semula pencen, keselamatan sosial dan pembiayan penjagaan kesihatan di Malaysia. Kepakaran beliau adalah untuk memberi nasihat mengenai kemampanan kewangan dana pencen dan keselamatan sosialkajian semula skim faedah persaraan dan pengurusan liabiliti asset.

 

Kerjaya/Perkhidmatan

6 Mei 2023 – Kini: Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH)

15 Mac 2022: Ahli Lembaga Pengarah Private Pension Administrator Malaysia

Pengarah Kepentingan Awam Private Pension Administrator Malaysia

2018 - 2020: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)

Pengarah dan rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd.

 

Pendidikan

1994: Ijazah Kepujian dalam Matematik Aktuari dan Statistik dari Heriot Watt University, Edinburgh

Felo di Fakulti Aktuari dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia.

 

Anugerah/Gelaran Kehormat 

Februari 2024: Profesor Adjung Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

Sumber/Kredit: https://www.ppa.my/ms/syed-hamadah-syed-othman/

Post a Comment

0 Comments