MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar

 


Biodata

Nama: Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar

Tarikh Lahir: 25 November 1967

Tempat Lahir: Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Jawatan Terkini: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 

Pendidikan

Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sarjana Undang-Undang (LLM) University of London, United Kingdom (UK)

Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Diploma Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP), UIAM

Diploma Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ), UIAM

 

Ahli/Panel/Jawatan Dalam Pendidikan/Universiti

Jun 2022 - Mei 2024: Panel Penasihat Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022: Professor Adjung Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

1 November 2020 - 31 Oktober 2021: Professor Adjung Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Ogos 2019 - Julai 2021: Professor Adjung Universiti Teknologi Mara (UiTM)

2018 -2019: Professor Adjung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2018: Professor Adjung Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

2008 – 2009: Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom

2012 – 2013: Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat

Panel & Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Panel Penasihat Industri Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) 

1998 – Kini: Pensyarah Jemputan di UKM, UIAM, IIUM, UITM, UIM, USIM dan Universiti Multimedia

 

Perkahwinan

Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Nik Roslini Raja Haji Ismail dan dikurniakan 3 cahaya mata.

 

Kerjaya/Perkhidmatan

3 Disember 2022 -Kini: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

26 Mac 2019 – 2 Disember 2022: Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM

Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

 

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)

30 Jun 2022 - 29 Jun 2024: Ahli Dilantik Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Mei 2022 - April 2024: Ahli Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS)

Oktober 2021 - Oktober 2023: Ahli Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak

2 Ogos 2021 - 1 Ogos 2024: Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM)

1 April 2021 - 31 Mac 2023: Lembaga Penasihat Syariah Takaful Ikhlas

Februari 2021 - Februari 2024: Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

2021 – 2023: Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie MAIWP

2019 – 2020: Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil

2016 – 2018: Pakar Penasihat Mualamat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

2016 - 2018: Ahli Panel Majlis Perunding Islam Malaysia

2016 - 2017: Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah

2015 – 2017: Ahli Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah, Pengerusi Jawatankuasa Hakam

2015 – 2017: Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor

2015 – 2017: Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah

2015 – 2017: Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor

2015 -2017: Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor

Fasilitator kursus khas latihan Hakim-Hakim bagi negara Brunei, Maldives, Bangladesh, Bangsa Moro Filipina dan lain-lain negara.

Ahli ‘Focus Group on Enforcing Nafkah’ Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Lembaga Penasihat Syariah Bank-Bank Islam dan Syarikat Takaful (CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd, Sun Life Insurance, American and British Investment Bank (Mauritius))

Pembentang kertas kerja dalam bidang pengkhususan undang-undang dan syariah (persidangan tempatan & peringkat antarabangsa)

Tetamu jemputan tetap Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi program “Dari Hati Kita Berkongsi Mencari Solusi”.


 Anugerah Lain

2021: Anugerah Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Anugerah Darjah Kebesaran 

2020: Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) - Dato' Setia

Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato'

Bentara Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi IV) (BSK)

Ahli Mangku Negara (AMN)

 

Sumber/Kridet: Wikipedia

Gambar: Instagram

Biodata YB Senator Ustaz Idris bin Hj Ahmad

Biodata Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

 

Post a Comment

0 Comments