MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Khairy Jamaluddin Abu Bakar

 


Biodata

Nama: Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Nama Popular: KJ

Tarikh Lahir: 10 Januari 1976

Tempat Lahir: Bandar Kuwait, Kuwait.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar ialah anak lelaki tunggal kepada bekas diplomat, Dato' Jamaluddin Abu Bakar, orang Melayu berketurunan Minangkabau dan Datin Dato' Rahmah Abdul Hamid, seorang suri rumah berketurunan Melayu Kedah.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga ialah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

Pendidikan

2002: Felo, Pusat Pengajian Islam Oxford

1997 - 1998: Ijazah sarjana Teori Undang-Undang dan Politik Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom (UK)

1994 – 1997: Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi, St. Hugh College, University of Oxford, United Kingdom. (UK)

Pendidikan menengah di United World College of South East Asia di Singapura

 

Perkahwinan

Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendirikan rumah tangga pada Oktober 2001 bersama pasangannya iaitu Nori Abdullah.

Hasil perkahwinan mempunyai 3 cahaya mata iaitu:-

  1. Jibreil Ali (2007)
  2. Timor Abdullah (2008)
  3. Raif Averroes (2015)

 

Kerjaya/Perkhidmatan

30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022: Menteri Kesihatan

Februari 2021 - Ogos 2021: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

16 Mei 2013 – 9 Mei 2018: Menteri Belia dan Sukan

2007 - 2010: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

2003 - 2004: Timbalan Ketua Setiausaha Swasta

2003 – 2004: Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri

2003 - 2004: Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri

1999 – 2003: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia

1998 – 1999: Wartawan (penyampai program bual bicara Dateline Malaysia & The Economist)

 

Politik

2008 - Kini: Ahli Parlimen (AP) Rembau

2008 - Kini: Ketua Pengerakan Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional

2004 - Kini: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau

2004 – 2008: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia

2001 - 2004: Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2001 - 2004: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2000 – Kini: Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan

Ahli UMNO

 

Aktiviti/Kegiatan Luar

15 Februari 2023: Penasihat Belia Johor & Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT)

15 Februari 2023: Penyampai Radio Hot FM (Segmen Bekpes Hot)

14 Januari 2015: Dinaikkan pangkat daripada pangkat ‘Kolonel’ kepada 'Brigedier ‘Jeneral’

Januari 2014:  Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang terletak di Rasah, Negeri Sembilan

2006 : Ahli Perniagaan

2004 – 2006: Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd

 

Anugerah/Pencapaian

Pemimpin Muda Global - Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland

 

Sumber/Kridet: Wikipedia & rembaunews.blogspot.com

Gambar Instagram: @khairykj

Biodata Shahril Sufian bin Hamdan

Biodata Hizatul Isham bin Abdul Jalil

Post a Comment

0 Comments