MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tujuan Dan Kesan Kenaikan OPR



Kadar Dasar Semalaman/ Overnight Policy Rate (OPR) mempengaruhi kadar faedah jangka pendek, kadar deposit tetap, kadar tukaran asing, kadar faedah jangka panjang dan banyak lagi. Ini akhirnya akan memberi kesan kepada perniagaan, pekerjaan serta harga barangan dan perkhidmatan.

Kenaikan dan penurunan OPR dibuat melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM). Berikut adalah kesan dan tujuan kenaikan OPR.

 

Tujuan

Menambah nilai mata wang ringgit kerana lebih banyak mata wang asing dijangka masuk ke bank-bank tempatan kerana pelabur akan mendapat pulangan lebih tinggi sekali gus mengukuh ringgit.

 

Keperluan mengawal aliran keluar modal asing. Mendorong aliran masuk modal asing ke Malaysia ini boleh dilihat melalui pasaran bon negara mencatat kemasukan bersih asing RM4.5 bilion dan pelabur asing ekuiti tempatan menjadi pembeli bersih RM3.4 bilion pada Januari 2018 (OPR 3.25%).

 

Kenaikan OPR menyokong ringgit akan menghalang kelemahan berterusan nilai ringgit yang kini didagangkan melebihi RM4.38 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Semakan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat boleh diakses melalui pautan https://www.google.com/search?client=firefox-b-d&q=usd+to+myr

 

Salah satu cara untuk membetulkan inflasi adalah dengan menaikkan OPR. OPR yang rendah menyebabkan inflasi menjadi tinggi kerana semua orang mampu berbelanja. Walaupun harga barang naik tetapi disebabkan OPR rendah, rakyat masih boleh membeli. Inilah yang dinamakan inflasi. Kenaikan OPR dilihat berpotensi mengurangkan peningkatan ketara kadar inflasi atau harga barangan

 

 

Kesan

Apabila OPR naik, pembayaran pinjaman akan meningkat kerana bank mengalihkan kos pinjaman yang lebih tinggi kepada pengguna, menerusi kenaikan kadar faedah. Selain itu, jumlah pembayaran mungkin sama tetapi tempoh pembayaran dilanjutkan. Ini terpakai kepada pinjaman utama seperti perumahan, kereta dan peribadi.

Bayaran ansuran bulanan (bagi yang mengambil kadar terapung/ kadar faedah pinjaman boleh ubah) sedia ada kepada pihak bank akan naik, syarat layak membuat pinjaman baharu juga diperketat (bank tidak akan lebih mudah beri pinjaman pembiayaan modal untuk individu dan perniagaan), manakala bayaran semula untuk pembelian rumah, kereta atau pinjaman peribadi yang baharu akan naik.

 

Pemilik hartanah juga perlu menanggung kenaikan bayaran ansuran rumah berdasarkan kenaikan mata asas OPR.

 

Bagi mereka yang mempunyai tunai yang besar, digalakkan untuk individu/pelabur menabung (akibat daripada kenaikan OPR) yang memberikan pulangan yang tinggi.  

 

Inflasi berpotensi berlaku menampakkan tanda-tanda lonjakan antaranya harga barangan kini meningkat. Supermarket, mini market, kedai runcit menaikkan harga jualan seperti Eco Shop pada 1 Jun 2022 menaikkan harga barangan kepada RM2.60 berbanding sebelum ini RM2.40. 99 Speed Mart, Ninso, Servay dan lain-lain juga turut menaikan harga barangan jualan.

 

OPR tidak memberi kesan secara langsung kepada kos barangan dan perkhidmatan harian. Namun kemungkinan ada kesan tidak langsung. Misalnya, ia boleh memberi kesan kepada barangan pengguna seperti televisyen, laptop atau telefon jika ia dibeli menggunakan pinjaman peribadi atau perjanjian sewa beli.

 

Kenaikan dan penurunan OPR secara langsung akan mempengaruhi kadar pinjaman asas (BLR) atau kadar asas (BR), memberi kesan kepada nilai ringgit, ekonomi negara, pelabur asing dan sebagainya. Pro dan kontranya pasti ada kepada individu, kumpulan, organisasi dan negara.


Untuk menyemak OPR Tahunan sila klik pautan https://www.bnm.gov.my/monetary-stability/opr-decisions


Sumber: Media Elektronik & BNM

Post a Comment

0 Comments