MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Disebalik Takdir

 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ~ QS. Al-Baqarah: 216


Allah tidak akan memberikan apa yang selalu kita harapkan tetapi dia akan memberikan sesuatu yang kita perlukan.


Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup kita, janganlah resah teruskan melangkah walau berkali-kali kau rebah.


Kita hanya merancang tetapi Allah juga merancang, dan perancangan-Nya Maha hebat dan sempurna.


Walaupun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan, kita terpaksa merasa perit seketika, kita terjatuh berulang kali, kecewa berkali-kali, sedih tak terhingga.


Tapi itu semua diturunkan untuk kita menjadi lebih kuat dan semakin hebat.


Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita.


Sesungguhnya tiada yang namanya ‘kebetulan’.


Kerana..

Setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. 


Kadang-kadang Allah temukan kita dengan sesuatu yang salah, supaya kita kenal erti 'betul’.


Kadang-kadang Allah temukan kita dengan seuatu yang betul , supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain.


Yang hitam itu tidak semestinya kotor.

Yang putih itu tidak semestinya bersih.


Bersangka baiklah dengan takdir Allah.

Takdir Allah itu terlalu indah.


Sehebat apapun kita merencanakan sesuatu.

Tetap takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita.


Ingatlah..

Allah selalu memberikan kelebihan di balik kekurangan.

Allah selalu memberikan kekuatan di balik kelemahan.

Allah selalu memberikan senyum di balik kesedihan.


Yakinlah..

Kebahagiaan itu akan hadir juga pada waktunya.


Sesuai kehendak-Nya.

Sesuai takdir-Nya.


Dan..

Tiada alasan bagi kita meragukannya.


Alhamdulillah ♥️


Kredit: Jentik Hati

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093
    E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete