CARA MUDAH LEMBUTKAN HATI ANAK / ANAK MURID
1. Cara Kawal atitude murid yang susah nak siapkan kerja sekolah
Bila dah lama jadi cikgu, macam-macam ragam anak didik yang kita jumpa. Bagi saya itulah fitrah kejadian manusia, tidak akan ada yang sama antara mereka.
Ada rakan guru tanya, apakah yang boleh seorang cikgu lakukan jika berhadapan dengan murid yang banyak bercakap. Sepatah guru cakap, sepuluh patah dia balas dan sangat susah nak siapkan kerja yang diberikan oleh guru.
Jika berdepan dengan murid begini, perkara pertama yang cikgu lakukan ialah sebut nama penuh. Pandang tepat ke dalam mata dan baca surah Yusuf ayat 4, hembus di ubun-ubun kepala, sambil niat lembutkanlah hati, perbaikilah akhlak dan terangkan hatinya.
2. Murid yang moody
Bila jumpa murid yang seperti ini haruslah cikgu jadi penyabar jangan cepat melenting dan melatah. Beri ruang untuk dia tenangkan diri dan bacakan surah as-Syarh ( ada juga disebut al-Insyirah ) dan hembus ke telinga kanan.
3. Murid yang tak, selalu tidur time subjek kita
Kita kena terima bahawa dalam kelas terdapat murid yang pelbagai, multiple intelligent, mempunyai kecenderungan dan minat berbeza.
Murid yang selalu tertidur, tidak fokus biasanya lebih sesuai dengan beberapa kaedah pengajaran yang melibatkan Psikomotor, pergerakan dan mini projek. Beri dia peranan yang besar agar sentiasa fokus dan tidak bosan dengan pengajaran guru.
Jadi cikgu tak mudah, kadang tu sangat hebat dugaannya. Apa yang membuatkan kita tetap happy ialah rasa cinta kepada profesion ini. Datanglah ujian sebesar gunungpun, jika hati dah suka InsyaAllah kita dapat laluinya.
4. Murid yang sangat pendiam, selalu ketinggalan, kurang keyakinan diri dan bila suruh dia perform memang menggigil.
Murid yang seperti ini selalu membuatkan hati saya tersentuh. Perasaan kasihan belas tu Allah campakkan. Rasa inilah yang membuatkan saya tidak pernah penat untuk terus berusaha, membantu menjadikannya manusia yang beruntung.
Selalulah berdamping dengannya, time free panggil untuk bantunya belajar.
Tidak akan pernah jemu saya bisik padanya " Suatu hari nanti awak akan jadi seorang yang hebat, berkaliber dan kebanggaan ustazah" lalu muncul segaris senyuman dan matanya mula bercahaya.
Ya Allah perkenankan doaku.
Yakin dan percayalah.. Murid yang kita berusaha untuk jadikan mereka orang baik dan hebat akan terkesan dan ingat jasa gurunya sehingga akhir hayat mereka.
-Aminah Mat Yusoff -
0 Comments