MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Intipati Surah Al-Mu'minun Ayat 1 - 11

 


سُوۡرَةُ المؤمنون

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya (11).


Antara ciri-ciri mukmin yang berjaya menurut surah Al-Mu'minun ayat 1 - 11 adalah:-


1. Khusyuk dalam solat/sembayang

2. Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia 

3. Menunaikan zakat

4. Menjaga kehormatan 

5. Menjaga amanah dan janji

6. Memelihara solat/sembayang


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Wallahu a'lam



Post a Comment

0 Comments