MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir




Biodata

Nama: Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir

Tempat Lahir: Kapar, Klang Selangor

 

Beliau merupakan Mufti Selangor yang ke-7

 

Pendidikan

Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh), Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan.

Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiah), Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir (2007).

Ijazah Doktor Falsafah Fiqh dan Usul Al-Fiqh (IRKH) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan sebelum ini bertugas sebagai pensyarah di UIAM sejak 1996.

Menghasilkan tesis ijazah sarjana beliau bertajuk 'Political Thinking Comparison Between Imam Haramain El Juwaini And Qadhi Abu Bakar Ibnu El- Arabi' (Pemikiran Politik Di Antara Imam Al-Haramain Al-Juwaini dan Al-Qadhi Abu Bakar Ibn Al-Arabi) dibahaskan pada tarikh 12 April 2006 di Darul Ulum, Cairo University.


Kerjaya

21 Mei 2021: Mufti Selangor membawa gelaran “Sahibus Samahah”

2016: Timbalan Mufti Selangor

Pensyarah sambilan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CTU) di UiTM Pahang dan UiTM Melaka

2007: Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

1996: Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)


Ahli Majlis/Jawatankuasa Perbankan/Ekonomi

Ahli Majlis Penasihat Syariah Etiqa General Takaful Berhad

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM)

Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Keagamaan

1995: Ketua Umum Kolej Islam Sultan Alam Shah

Timbalan Pengarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Pakar Rujuk Lembaga Tabung Haji (TH) 2019M / 1440H

 

Kertas Kerja/Karya/Artikel

Kepentingan Bermazhab Di Sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyanggah Dakwaan Golongan Yang Menentang Pemboikotan Ekonomi (2003), Kaherah: Badan Komunikasi dan Bahasa Arab, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

(Terjemahan karya Prof. Dr. Husain Husain Shehata 

تفنيد مزاعم المثبطين للمقاطعة الاقتصادية)

Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Kes Kematian di bawah Jurnal Undang-undang Malaysia

 

Rancangan Keagamaan

Panel sebagai penceramah "Seminar Fiqh Penghayatan Solat" anjuran K-Fiqh.

Panel sebagai penceramah slot "Tabayyun" di Astro Oasis.

 

Anugerah

11 Disember 2022: Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) - Dato’ Setia

21 Mei 2021: Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

2017: Dato ’Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’

 

Post a Comment

0 Comments