MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kota Kinabalu, Putatan & Penampang Daerah Berasingan Ketika PKP 3.0



Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan bahawa daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang tidak lagi dikategorikan sebagai satu (1) daerah.


Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira bilangan kes positif COVID-19 ketiga-tiga daerah tersebut yang telah mencapai 70 kes pada hari ini.


Sebagai  usaha  mengurangkan  perjalanan  yang  tidak  perlu  maka  orang  awam  tidak dibenarkan  rentas daerah  kecuali  untuk  perkhidmatan  perlu (essential  services)  dan barangan perlu (essential goods).


Mulai  esok (07  Jun  2021)  PDRM  akan  melaksanakan  pemeriksaan  ketat  kawalan larangan rentas daerah yang melibatkan tiga (3) daerah ini.


Sumber : Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah


Post a Comment

0 Comments