MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kegunaan Buah Mangga


 



Pokok mangga mudah tumbuh ianya terbukti banyak di dapati di beberapa negara seperti di Asia, Indo-China, Eropah, dan india serta beberapa kawasan lagi.

Mangga mempunyai pelbagai jenis di antaranya Mangga Epal, Mangga Gedung, Mangga Maya, Mangga Pakistan, Mangga Australia, Mangga Alphonso Florida, USA, Mangga Filipina, Mangga Harum Manis dan pelbagai lagi.

Pokok mangga tidak memerlukan ruang yang sangat luas dalam menanamnya dan mudah ditanam seperti di halaman rumah serta tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

 

Berikut dikongsikan beberapa kegunaan buah mangga dan pokok mangga dalam kehidupan harian.


Buah Mangga Masak

Kemanisan buah mangga masak dimakan begitu sahaja menyegarkan dan baunya yang harum membuatkan penggemar buah mangga tercari-cari apabila tiba musimnya, selain buah mangga juga kaya dengan khasiat di antara khasiat yang ada pada buah mangga vitamin C, zat besi, protein, kalium, magnesium, kalsium, gula dan antioksidan. 

Buah mangga masak juga boleh dibuat jem, bagi mereka yang ingin membuatnya bagi kegunaan di rumah dimakan bersama roti ianya sesuatu yang perlu dicuba. Kini jem mangga menjadi sumber ekonomi dan boleh didapati di dalam negara dan luar negara.

Bagi orang kampung buah mangga masak sangat sesuai dimakan bersama lauk ikan dan nasi. Mangga masak di iris-iris menjadi cebisan kecil dan di tambah garam bersama lada sangat menyelerakan.

Bagi mereka yang ingin tambah pendapatan, buah mangga masak  boleh dijadikan sumber pendapatan harian dengan menjualnya di hadapan rumah, tepi jalan, pasar-pasar harian dan buah mangga masak sangat digemari oleh kebanyakan orang dan boleh memperolehi pendapatan ratusan ringgit seharian menjual buah mangga masak lebih-lebih lagi buah mangga yang manis, kerana selain dimakan begitu sahaja ada sesetengah orang menjadikan ianya minuman jus di rumah mahupun di restoran-restoran dan kedai-kedai makan.

 

 

Buah Mangga Muda

Buah mangga muda lazimnya masam kerana ianya belum masak dan sesuai dimakan bersama lada, kicap ataupun garam ditambah aji nomoto sedikit. Zaman kanak-kanak ianya dimakan bersama kawan-kawan secara beramai-ramai.

Bagi mereka yang menjadikan ianya sumber ekonomi sangat sesuai dijadikan jeruk buah mangga dan dijual di hadapan rumah, tepi jalan, pasar-pasar harian, hasil jualan boleh mencecah ratusan ringgit setiap hari.

 

 

Batang Pokok Mangga

Batang pokok mangga mempunyai struktur yang mampat dan keras sesuai untuk dijadikan saban/ tempat memotong ikan/daging/sayur bagi orang kampung ini telah digunakan sejak sekian lama. Batang pokok juga boleh dijadikan perabot seperti tempat duduk dan papan/lantai rumah.

 

Tidak hairanlah kenapa pokok mangga banyak ditanam di kawasan kampung kerana kegunaannya pada masyarakat kampung pelbagai guna. Bagi mereka yang ingin membuat perniagaan mungkin boleh mencuba hasil yang boleh diekonomikan menggunakan buah mangga bagi menambah pendapatan harian.

 

MyWilayah.com  

 

Post a Comment

0 Comments