MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jazakallahu Khairan

 


*💎Apa Itu Jazakallahu Khairan?💎*


Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan dari sahabat sahabat kita.

Tapi yang menyebut tidak merasa apa-apa dan yang menerima ucapan pun tidak dapat menghayatinya hingga ke hati.


Ada yang merasakan bait jazakallahu khairan itu sama seperti ucapan terima kasih dan TQ semata.

Namun sebenarnya amatlah besar maknanya kalimat itu!


Bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya Jazaakallahu khairan, maka sungguh dia telah sangat menyanjung mu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas kebaikanmu).”


Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT. 


Jazaakallahu khairan juga artinya semoga Allah SWT menganugerah kan kepada kamu syurgaNya. Menganugerahkan  kamu kenikmatan kelak di syurga.

Menyelamatkan kamu dari neraka jahanam. Memberi hidayah untukmu di atas Siraatal Mustaqim.

Melindungi kamu dari syaitan yang terkutuk. Memberikan kamu rezeki yang penuh barkah. Menjadi kan kamu selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat.

Menjadikan kamu sentiasa mengikuti sunnah NabiNya.


Berkata Sayyidina Umar bin Khattab “Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan Jazaakallahu khairan, nescaya ia akan memperbanyak untuk mengucapkannya antara satu sama lain." 


💚Jazaakallahu Khairan💚


*Perkongsian Tazkirah*



Post a Comment

0 Comments