MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ciri-Ciri Bata Merah & Bata Putih

 


Lazimnya dalam pembinaan bangunan bata adalah bahan asas dan terbahagi kepada 2 jenis bata yang biasanya digunakan oleh pemaju/kontraktor atau individu/orang kampung.

Berikut dikongsikan ciri-ciri Bata Merah (Tanah Liat) & Bata Putih (Batu Pasir)

 

Bata Merah (Tanah Liat)

Bahan utama yang digunakan adalah tanah liat dan dicampur dengan pasir yang dibakar

Bangunan/rumah Lebih kukuh berbanding Bata Putih

Harga mahal sedikit berbanding bata puith sesuai dengan kualitinya

Pembinaan menggunakan bata ini membuatkan rumah/bangunan akan menjadi lebih sejuk kerana salah satu fungsinya menahan haba dengan baik

Struktur bangunan/rumah berdaya tahan

Penggunaan simen plaster (simen lepaan) lebih banyak disebabkan bentuk bata ini tidak sekata

Bentuk tidak sekata menyebabkan penyusunan bata memerlukan teknik dan kemahiran yang baik. Pembakaran bata tanah liat mengahsilkan pengecutan yang berbeza-beza.

 

Bata Putih (Batu Pasir)

Bahan utama yang digunakan adalah campuran pasir, simen & air

Bangunan/rumah berisiko mengalami keretakan berbanding penggunaan bata merah

Harga murah sedikit berbanding Bata Merah sesuai dengan kualitinya

Pembinaan menggunakan bata ini membuatkan rumah/bangunan akan menjadi panas kerana bahan yang digunakan bukan penahan haba dengan baik

Struktur bangunan/rumah kurang berdaya tahan

Kurang penggunaan simen plaster (simen lepaan) disebabkan bentuk bata yang sekata

Bentuk yang sekata menyebabkan penyusunan bata mudah disusun

 

Berdasarkan ciri-ciri yang ada pada kedua-dua jenis bata di atas. Pastinya kebanyakan pemaju/individu akan memilih Bata Merah berbanding Bata Putih TETAPI bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh setiap pemaju dan individu di antara faktor tersebut itu adalah:-

 

1.Kewangan

Bagi individu yang mempunyai kewangan yang cukup disarankan penggunaan Bata Merah, Bagi individu yang tahap kewangan sederhana boleh menggunakan kedua-dua jenis bata ini seperti penggunaan Bata Merah di ruangan depan, luar dan dapur tempat memasak kerana Bata Merah penahan haba yang baik, manakala bata putih boleh digunakan diruangan bilik /ruang tamu. Bagi individu yang kurang mampu boleh menggunakan Bata Putih keseluruhan walaupun panas sedikit tetapi suhu di Asia dalam tahap yang sederhana panas dan ini boleh di alternatifkan dengan penanaman pokok/bunga berhampiran rumah dan penggunan kipas gantung/ kipas berdiri sudah memadai untuk mengatasi kepanasan ini.

Bagi pemaju bergantung kepada tahap kewangan syarikat dan kontrak penggunaan bahan binaan yang dijanjikan kepada/oleh pembeli atau kerajaan.

 

2. Keselamatan

Faktor keselamatan adalah sangat penting sekrianya bangunan tersebut dibangunankan/dibina dan penggunaan Bata Merah sepenuhnya adalah sangat dititikberatkan, terutama bangunan/premis kerajaan yang bertingkat-tingkat begitu juga dengan bangunan kompleks-kompleks membeli-belah/pasaraya/premis perniagaan dan seumpamanya.

Bagi bangunan/rumah tidak bertingkat penggunaan Bata Putih memadai dan selamat.

 

3.Berdaya Tahan

Penggunaan Bata Merah adalah lebih berdaya tahan berbanding penggunaan Bata Putih sepertimana yang dinyatakan di atas pada ciri-ciri Bata Merah dan Bata Putih.

 

Dapat diringkaskan bahawa penggunaan Bata Merah dan Bata Putih dalam pembinaan bangunan/rumah bergantung kepada tujuan bangunan/rumah itu dibina, tahap kewangan, faktor keselamatan dan kedaya tahan. Namun akhirnya bergantung kepada pilihan individu itu sendiri dalam menentukan penggunaan bata yang digunakan sesuai dengan tujuan, tahap kewangan, keselamatan  dan kedaya tahan.

 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat bersama

 

mywilayah.com

Post a Comment

0 Comments