MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rahmat Disebalik Ujian

 


RAHMAT DISEBALIK UJIAN


Allah selalu memberikan yang terbaik buat hambaNya. Sama ada cepat atau lambat. Tapi sering kali kita menyoalkan kenapa aku diuji sebegini. Kenapa dia diuji sebegitu.


SUNGGUH! Allah Maha Hebat!! Jangan persoalkan. Kerana risau kita akan kufur nikmat. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang Allah beri itu akan menghasilkan sebuah kegembiran yang terindah tanpa dapat kita bayangkan. Allah itu adil.


Kenapa aku Diuji? Kerana Kamu Mampu.


Ujian akan senantiasa Allah turunkan kepada kita sebagai hamba-Nya, maka bila kamu mengaku dirimu beriman, tentu Allah akan datangkan sebuah ujian kepadamu.


Dan satu hal yang harus kamu tahu, bahwa ujian sebenarnya jalan agar dosa-dosamu dihapus. Sebab itulah mengapa kamu harus mampu bersabar dan qana’ah atas apa yang terjadi.


Maka jadikan ujian sebagai ladang penghapus dosamu, dan jangan pernah kamu mengeluhkannya dengan terus menyebut Allah tidak adil, bila tidak ingin dosamu malah bertambah.


Allah tidak akan memberi ujian kepadamu diluar batas kemampuanmu, maka bersabarlah! Kerana ujian yang tengah kamu hadapi hanyalah sementara.


Sebab Allah telah berjanji dalam Al-Quran bahawa dibalik kesusahan akan ada kemudahan. Maka jangan pernah kamu khuwatir masalah tak berakhir, kerana pasti semuanya akan berakhir bila telah tiba waktunya.


KITA SELALU BERTANYA : KENAPA AKU SELALU DIUJI ? 

AL-QURAN MENJAWAB :


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang² yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta.”


( Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )


🍁 Ya, Allah..

Aku yakin Engkau mengujiku bukan tanpa alasan, Engkau pasti mengharapkan hambaMu ini boleh menjadi insan yang lebih baik lagi, dan yang paling penting aku dapa lebih sabar dan dewasa.


Kredit: Jentik Hati

Post a Comment

0 Comments